Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Malaysia Masih Kekalkan Subsidi Harga Minyak
#1
BERA, 30 Mac -- Malaysia merupakan satu-satunya negara di Asia yang masih lagi mengekalkan harga minyak petrol RON95 pada kadar RM1.90 seliter sekalipun berlaku kenaikan harga minyak di pasaran antarbangsa.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan pimpinan Barisan Nasional tidak pernah berhasrat memberhentikan bantuan subsidi bahan api itu kepada rakyat.

"Jika tidak diberikan subsidi, harga minyak petrol akan naik RM2.93 seliter dan ini akan membebankan rakyat.

"Pemberian subsidi adalah bagi mengelakkan rakyat daripada menanggung beban berterusan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian cek bantuan pembangunan kerajaan pusat berjumlah RM307,643.56 untuk diagihkan kepada 14 buah Sekolah Agama Rakyat (SAR) di kawasan Parlimen Bera, di sini Jumaat.

Ismail Sabri, yang juga Anggota Parlimen Bera, berkata pada tahun ini sahaja kerajaan memperuntukkan RM17 bilion bagi subsidi petrol, diesel dan Gas LPG berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM15 bilion.

"Pemberian subsidi ini membuktikan bahawa kerajaan pimpinan Barisan Nasional amat prihatin dan membela rakyat," katanya.
[Image: banner468x60.jpg]
Reply
Thanks given by:
Advertisement




Users browsing this thread: 1 Guest(s)