Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 1 Vote(s) - 5 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Khutbah Jumaat – Bahaya Ideologi Barat Diterapkan Ke Dalam Pemikiran Umat Islam
#1
Khutbah Jumaat – Bahaya Ideologi Barat Diterapkan Ke Dalam Pemikiran Umat Islam


oleh : Al-Fadhil Al-Ustaz Abu Islam Fathul Bari -hafizhahullah-


Sidang Jumaat yang dikasihi dan dirahmati Allah Subhanahu wa Ta’ala sekalian,

Apabila kita berhadapan dengan situasi, dugaan, bala bencana yang dibawa oleh golongan-golongan yang benci dan membelakangkan Islam, yang berusaha untuk mencabut jiwa Islami dari jiwa mereka-mereka yang cintakan Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Rasul-Nya shallallahu ‘alaihi wa sallam, kita perlu bangkit tetapi bukan hanya dengan suara dan semangat, kerana kita tidak ingin menjadi seperti golongan yang Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam maksudkan di dalam hadis,

Maksudnya: “Sesunguhnya setiap amalan memiliki masa semangat dan setiap masa semangat memiliki masa putus asa (futur)…”

Kita tidak ingin tergolong di kalangan orang yang putus asa, kita tidak ingin membina agama ini hanya dengan semangat, tetapi kita ingin membina dan mempertahankan agama ini dengan ilmu pengetahuan. Baginda Nabi shallallallahu ‘alaihi wa sallam telah memberikan kata-kata semangat kepada kita yang perlu kita jadikan visi dan misi dalam perjuangan kita. Kata Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala membentangkan bumi kepadaku lalu aku lihat timurnya dan baratnya, dan sesungguhnya umatku akan sampai kekuasaannya (kerajaannya) kepada apa yang telah dibentangkan kepadaku”. [Hadis riwayat Muslim daripada Tsauban radhiyallahu ‘anhu]

Ini merupakan janji Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Ini merupakan titik dan bukti kepada kebangkitan umat Islam. Umat Islam suatu hari nanti pasti akan mendominasi bumi Allah Subhanahu wa Ta’ala yang telah Allah tetapkan untuk kita semua. Oleh itu ia perlu kepada kebangkitan dan usaha. Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al- Utsaimin rahimahullah di dalam kitabnya yang terkenal bertajuk الصحوة الإسلامية “Kebangkitan Islam” telah menjelaskan beberapa prinsip di dalam kebangkitan Islam.

Dia antara beberapa poin penting yang beliau bangkitkan adalah perpaduan. Perpaduan yang kita inginkan adalah perpaduan umat Islam. Ketepikanlah ideologi politik, kepentingan diri, kedudukan dan kekuasaan. Kembalilah kita bersatu di atas nama Islam, dan di atas nama Iman. Ini yang dituntut oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala, dan ini yang akan dipersoalkan oleh Malaikat di alam barzakh kelak, sebagaimana kata Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam di dalam hadis yang masyhur,

Maksudnya: “Barangsiapa yang redha Allah sebagai Tuhannya, Islam sebagai agamanya dan Muhammad sebagai Nabinya, maka layaklah dia untuk syurga Allah Subhanahu wa Ta’ala.”

Tiga perkara ini sahaja yang perlu kita bersatu di atasnya, dan mempertahankannya sehingga ke titisan darah yang terakhir. Ini agama kita, ini prinsip dan pegangan kita. Kita bukan menuju ke arah radikal, kita bukan terroris, kita bukan berfikiran jumud, kita bukan berfikiran terlalu konservatif, akan tetapi kita membawa Islam yang Allah Subhanahu wa Ta’ala turunkan dan sampaikan kepada baginda Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam, Islam yang mengiktiraf kemodenan, teknologi, ekonomi, politik serta hidup bermasyarakat. Inilah Islam yang perlu kita terjemahkan.

Tetapi yang menjadi kebimbangan umat Islam seperti yang disebutkan di dalam khutbah pertama sebentar tadi adalah apabila perkataan-perkataan Islam yang mulia seperti jihad, bai’ah, ahlul bait, akal, dan seumpamanya disalah-tafsir oleh kelompok-kelompok tertentu yang menyebabkan perjuangan mereka tersasar dari jalan yang telah ditetapkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dan rasul-Nya.

Sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda di dalam satu hadis,

Maksudnya: “Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada hari Jumaat, barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali maka Allah berselawat ke atasnya sepuluh kali.”
Reply
Thanks given by:
Advertisement




Users browsing this thread: 1 Guest(s)