Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Suspek kes bunuh Dirang didakwa esok
#1
JOHOR BAHRU - Tiga individu yang disyaki terlibat dalam kes Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau dikenali dengan panggilan Dirang, yang dibunuh dan dibakar awal bulan ini, akan didakwa di mahkamah, esok.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, salah seorang individu itu akan didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Semua mereka akan didakwa esok dan seorang (lagi) akan didakwa kerana (kesalahan) penyalahgunaan dadah manakala nasib seorang (suspek) wanita hanya akan diketahui esok," kata beliau selepas Majlis Peringatan Hari Polis ke-205 di Setia Indah di sini, hari ini.

Jumaat lalu, perintah tahanan reman terhadap tiga suspek berkenaan dilanjutkan seminggu lagi.

Pendaftar Mahkamah Rendah, Hidayah Manaf melanjutkan tempoh tahanan reman bagi membolehkan polis meneruskan siasatan lanjut, selain mengumpul bukti berhubung kes terbabit. Ketiga-tiga suspek berusia 30-an serta 40-an.

Dirang dilaporkan hilang ketika keluar untuk membeli mi segera dan telur di kedai runcit berhampiran rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam pada 1 Mac lalu. Dia disahkan meninggal dunia akibat dibunuh dan dibakar, 12 Mac lalu.

Polis sebelum ini menahan empat orang termasuk bapa kandung Dirang bagi membantu siasatan. Bagaimanapun siasatan polis mendapati bapa Dirang tidak terlibat dengan pembunuhan anaknya itu.

Ketiga-tiga mereka juga didapati positif dadah selain dua daripada mereka turut mempunyai rekod jenayah atas kesalahan dadah dan curi.

Mengulas mengenai ugutan bunuh yang diterima ibu Dirang, Roselyn Alan, 25, melalui sistem pesanan ringkas (SMS), Mohd Mokhtar berkata, dua individu iaitu seorang lelaki dan teman wanitanya telah disoal siasat bagi membantu siasatan.

“Polis telah menyiasat dan mendapati telefon tersebut telah digunakan oleh anak lelaki tersebut bersama rakan sebayanya berusia 11 tahun bagi menghantar SMS itu.

“Kertas siasatan telah dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya bagaimanapun tiada tindakan undang-undang dikenakan kerana mengikut peruntukkan undang-undang, bagi kanak-kanak berusia 10 tahun ke atas sehingga bawah 12 tahun, tidak mampu menimbang keadaan dan akibat, jadi tiada kesalahan,” katanya.
[Image: tR3hR.jpg]
Reply
Thanks given by:
Advertisement
#2
lama jugak kes ni kan.. Da setel ke.. Orang yg bunuh tu da didakwa ke ?
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:




Users browsing this thread: 1 Guest(s)