Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 1 Vote(s) - 5 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Hukum Becakap Ketika Khutbah Jumaat.
#1




Seringkali kita lihat di masjid-masjid apabila Imam sedang berkhutbah akan ada jamaah,tanpa mengenal umur,bercakap-cakap sesama mereka.Bahkan dalam kalangan rakan-rakan penulis,ada juga yang berbicara dengan penulis ketika khutbah,pada sangkaan baik penulis,kesemua mereka ini tidak tahu atau mungkin juga terlupa mengenai hukum berbicara ketika khutbah,maka mudah-mudahan catatan ringkas ini menjadi panduan serta peringatan untuk diri penulis dan umat Islam 'amnya mengenai hukum berbicara ketika Imam sedang berkhutbah.

Pertamanya marilah meneliti hadith berkaitan khutbah Jumaat:


Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Jika kamu berkata kepada temanmu pada hari jumat, “Diamlah,” sementara imam sedang memberikan khutbah, maka sungguh kamu sudah berbuat sia-sia.” (HR. Al-Bukhari no. 414 dan Muslim no. 851)

Sedangkan menegur orang lain dengan tujuan untuk menyuruh mereka diam itupun sudah dianggap sia-sia atau 'lagha',apatah lagi dengan perbuatan-perbuatan lain.Dan dapat difahami tujuan larangan Rasulullah itu dengan hadith dibawah ini:

Dari Abdullah bin Busr radhiallahu anhu dia berkata:

“Ada seorang laki-laki mendatangi Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam yang sedang berkhutbah di hadapan manusia pada hari jumat. Maka beliau bersabda kepadanya, “Duduklah. Sungguh, kamu telah mengganggu dan membuat orang lain terlambat.” (HR. Ahmad no. 17014 dan dinyatakan shahih oleh Al-Albani dalam Shahih Al-Jami’ no. 155)

Iaitulah supaya hadirin dapat memberikan sepenuh perhatian kepada khutbah.Hal ini diperjelaskan lagi dengan sepotong hadith:

Dari Abu Darda' Radhiyallahu 'Anhu dia berkata:"Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam sedang berkhutbah kepada manusia,kemudian bagnda membacakan sepotong ayat.Ketika itu aku berada di samping Ubayy bin Kaab,maka bertanyakan kepadanya:"Wahai Ubayy,bilakah ayat ini diturunkan?"Akan tetapi dia enggan berbicara denganku,maka aku mengulangi pertanyaanku dan dia masih enggan berbicara denganku,sehinggalah Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam turun (dari mimbar).Kemudian Ubay mengatakan kepadaku: Engkau tidak memperoleh apa-apapun dari (solat) Juma'atmu melainkan perkataan-perkataan yang sia-sia.Selepas solat,aku menemui Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam dan mengadukan kepadanya tentang peristiwa tadi.lantas Baginda bersabda: Ubayy benar,apabila engkau mendengar imam berkhutbah maka dengarlah dan diamlah sehingga habis dia khutbahnya" (HR Ahmad no 20780,Ibn Majah no 1111)

Maka telah jelaslah kepada kita akan haramnya hukum berkata-kata ketika khutbah.Mudah-mudahan kita berusaha untuk mematuhi larangan Rasulullah ini,meskipun disana terdapat pendapat di sisi mazhab As-Syafi'iy,mendengar khutbah hanyalah sunat hukumnya,tetapi mengikuti perintah Rasulullah adalah lebih dekat dengan kebenaran dan kecintaan Allah. Firman Allah:

"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Ali 'Imran,ayat 31)

Wallahu 'Alam

Maka sama-samalah kita saling ingat mempringatkan kawan-kawan kita mengenai perkara ini.Mudah-mudahan bermanfaat.

Oleh: Saudara Faeez Harith
Sumber : http://1manhajsalaf.blogspot.com
Reply
Thanks given by: rizal , SangGuna
Advertisement
#2
bkn budak2 je,org bsr pn ada yg bercakap jgk.sama ada diorg lupa atau mmg xtau hukum
Reply
Thanks given by:
#3
tgk kat masjid selamba je orang tua pun borak2..
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:
#4
(03-23-2012, 03:12 PM)rizal Wrote: bkn budak2 je,org bsr pn ada yg bercakap jgk.sama ada diorg lupa atau mmg xtau hukum


saya pernah terbaca kitab Riyadus Solihin karangan Imam Nawawi, , dia sebut dalam tu termasuk perkara yang dilarang ketika Khatib membaca khutbah ialah menghulurkan tabung masjid untuk derma, sebab yang lebih afdal ialah mendengar/fokus kpd khutbah jumaat, pernah saya bila duduk no-3 dari hujung masa khutbah jumaat ada pakcik hulur tabung masjid utk passing, saya biar je kt situ, pastu dia amik tabung tu dia langkau bagi kt orang sebelah saya(adik saya) adik saya pon biar jugak tabung tu smpai bangun nak solat, baru amik tabung tu letak kt tepi tiang,,hehe pakcik tu mesti bengang..

Tapi sekarang yang bestnya Tok imam/Bilal akan warning jangan pasing tabung masjid ketika khutbah jumaat baru semua jemaah x passing tabung smpai la sekarang..:)
Reply
Thanks given by:
#5
Hal ni adalah hal serius yang di pandang enteng oleh umat islam di malaysia sekarang ni siap jadi bahan lawak lagi tu..tak ke bo.do namanya..paling aku geram klu d bg isyarat diam..simple jer..balas balik-kita kat luar masjid,bukan kat dalam..adoyai..pa nak jadi dah..
Reply
Thanks given by:
#6
(03-26-2012, 04:19 PM)SangGuna Wrote: Hal ni adalah hal serius yang di pandang enteng oleh umat islam di malaysia sekarang ni siap jadi bahan lawak lagi tu..tak ke bo.do namanya..paling aku geram klu d bg isyarat diam..simple jer..balas balik-kita kat luar masjid,bukan kat dalam..adoyai..pa nak jadi dah..

huhuh..selalu Kalau lepas solat jumaat, balik je solat mak den akan tnya adik den , soh dia cerita balik psal khutbah jumaat tu..wakakkaWinking
Reply
Thanks given by:
Advertisement
#7
ada gak yg meniaga soya kat depan masjid. Orang kutbah. dorang minum2 dulu. Baru pi mesjid
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:




Users browsing this thread: 1 Guest(s)