Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Satu amah satu kerja tidak relevan
#1
KUALA LUMPUR - Tindakan Indonesia yang menetapkan amah dari negara itu hanya menjalankan satu tugas khusus di rumah majikan dengan gaji minimum RM700 bukan saja tidak masuk akal, tetapi juga akan membebankan majikan.

Pemangku Presiden Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa) Jeffrey Foo berkata persatuan itu membantah keputusan tersebut dan menganggapnya satu kesilapan yang serius jika dilaksanakan.

"Jika keputusan itu benar hendak diambil, saya tidak bersetuju kerana terang-terang ia tidak relevan...takkan majikan perlu menggajikan hingga empat orang amah bagi empat tugasan yang berlainan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau mengulas mengenai laporan dari Jakarta, Indonesia yang memetik Ketua Pengarah Bahagian Pembinaan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia Dr Reyna Usman yang mengatakan seorang amah hanya menjalankan satu tugas.

Menurut Reyna, amah dari Indonesia yang akan mula dihantar ke Malaysia bulan depan hanya akan melakukan satu tugas khusus di rumah majikan mereka dengan gaji minimum RM700.

Ini bermakna, seandainya seorang amah digajikan untuk memasak, tugasnya hanyalah memasak dan tidak akan melakukan tugas yang lain seperti mengemas rumah dan mengasuh.

Mengulas lanjut, Jeffery berkata Papa juga sanggup menarik balik pengambilan amah dari Indonesia dan menumpukan kepada negara lain yang kurang kerenah jika Indonesia bertegas dengan keputusan itu.

"Baik kita menggajikan amah dari negara lain yang bersedia melakukan semua tugasan yang diminta dengan gaji tidak membebankan.. amah dari negara lain boleh 'multi-task' dengan satu gaji, jadi mengapa tidak Indonesia?" katanya.

Katanya mengikut rundingan terdahulu, beliau difahamkan latihan kompentensi dijalankan bagi memahirkan amah dalam satu tugas khusus namun apabila bekerja tidak terhad pada satu tugasan sahaja.

"Ketika mengambil amah di agensi, majikan perlu beritahu pada bakal amah apa kerja-kerja yang perlu dia lakukan dan jika amah itu bersetuju untuk membuat semua tugasan itu, maka hanya satu gaji dibayar tetapi jika majikan rela untuk membayar lebih, itu hak mereka," katanya.

Sementara itu, Presiden Majikan Amah Malaysia (Mama) Engku Fauzi Engku Muhsein ketika dihubungi, berkata jika majikan perlu membayar RM700 untuk setiap amah, maka majikan tidak seharusnya menanggung tempat tinggal, pakaian dan makanan amah tersebut.

"RM700 untuk seorang amah sahaja sudah amat membebankan, inikan lagi perlu mengambil lebih dari seorang amah justeru kami mengecam keras peraturan itu.

"Jika mahukan RM700 maka amah yang dibekalkan perlu benar-benar bermutu dan menanggung sendiri tempat tinggal, makanan dan pakaian, sama seperti pekerja warga asing yang lain," katanya.

Engku Fauzi juga meluahkan kehairanan mengapa secara tiba-tiba negara jiran itu menimbulkan isu tersebut sedangkan memorandum persefahaman (MoU) telah dimeterai bulan Mei tahun lalu.

"Saya juga mahu persoalkan kenapa Indonesia membuat peraturan tersebut sedangkan Filipina dan Kemboja contohnya tidak menetapkan peraturan sebegitu rupa," katanya.

Dalam pada itu, Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia, Datuk N. Marimuthu berkata kerajaan perlu melihat kepada potensi amah di negara lain dan tidak lagi memfokuskan kepada amah dari Indonesia.

"Kita harap kerajaan tidak melayani permintaan itu yang saya sifatkan sebagai keterlaluan.

"Jangan bergantung dengan satu sumber pembekalan pembantu rumah sahaja kerana banyak lagi amah yang bermutu dari negara lain yang boleh kita pertimbangkan seperti dari Filipina, Kemboja, Myanmar, India dan Sri Lanka,"
katanya ketika dihubungi.

Katanya adalah tidak adil bagi negara jiran itu mengambil keputusan tersebut dengan mengambil kira hanya satu atau dua kes penderaan dan penganiyaan yang dilaporkan. - Bernama
CETAK T-SHIRT, P.A SISTEM MAI PM CEK AREA NEGERI SEMBILAN


Reply
Thanks given by:
Advertisement
#2
jgn bg muka sgt kt indon ni..naik lemak pulak
Reply
Thanks given by:
#3
(03-20-2012, 11:14 PM)rizal Wrote: jgn bg muka sgt kt indon ni..naik lemak pulak

Rm700 tu kalau buat semua krja rsanya ok kot, tp masalahnya ni satu kerja..katakan kerja masak, dia hnya masak je, brapa kali sgt masak, sehari 3 kali je,,plg best basuh baju la, sehari sekali je..wakakka. mudah dah la pkai washing machine Winking
Reply
Thanks given by:
#4
(03-20-2012, 11:26 PM)Kekkei Genkai Wrote: Rm700 tu kalau buat semua krja rsanya ok kot, tp masalahnya ni satu kerja..katakan kerja masak, dia hnya masak je, brapa kali sgt masak, sehari 3 kali je,,plg best basuh baju la, sehari sekali je..wakakka. mudah dah la pkai washing machine Winking

basuh baju sekali sehari dpt rm700..makin ramaila minah indon dtg malaysia Winking
Reply
Thanks given by:
#5
fuh. Senang2 je nak keja camtu.. Ampeh.. Amik je amah dari negara lain..
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:
#6
(03-20-2012, 11:37 PM)rizal Wrote: basuh baju sekali sehari dpt rm700..makin ramaila minah indon dtg malaysia Winking


dari amik minah Indon apa kata amik Minah jepun :blush:
Reply
Thanks given by:
Advertisement
#7
Malaysia kena buat jurusan baru kot. Juru urus rumah tangga. So kena la masuk blaja dulu ke apa ke. Jadi bila da abis blaja ada kerja utk ni
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:




Users browsing this thread: 1 Guest(s)