Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Abby Fana Nafi ‘Dibuang’ TV3 Kerana Bertudung
#1
[Image: EKxMe.jpg]

Setelah Sembilan tahun berkhidmat di stesen televisyen swasta TV3, takder angin takder ribut alih-alih pengacara-penyampai radio, Abby Fana dikhabarkan telah membuat keputusan menamatkan khidmatnya sebagai pengantara salah satu program terbitan stesen itu iaitu Malaysia Hari Ini (MHI).

Kebetulan keputusan itu dibuat sejurus selepas ibu tunggal anak tiga (seorang anak angkat) ini tampil dengan imej baru, bertudung.

Pada 27 Disember lalu merupakan penampilan terakhirnya sebagai pengacara MHI. Penyampai Radio Sinar FM ini bagaimanapun menolak tuduhan kononnya khidmat beliau sebagai perantara MHI, ditamatkan apabila beliau membuat keputusan memakai tudung selepas mengerjakan Haji pada November tahun lalu.

Memetik kenyataan di mStar, figura berusia 46 tahun ni memberitahu keinginannya untuk bersara sebagai penyampai sambilan rancangan itu telah dipendamnya pada tahun lalu dan secara kebetulan telah terlaksana selepas pulang dari Mekah.

Menurut Abby lagi, hasrat untuk meninggalkan MHI dipendamnya kerana merasakan khidmatnya sudah terlalu lama dan bimbang penonton mula bosan dengan penampilan barunya itu. Dia kini mahu memberi tumpuan sepenuhnya sebagai penyampai Radio Sinar FM yang dikendalikannya sejak lima tahun lalu.

Katanya tugas sebagai deejay memberi keseronokan yang luar biasa buatnya kerana dengan cara itu sahajalah dia dapat “bersosial” dengan peminat. Malah tugasan tersebut dapat menghilangkan tekanan.

Pun begitu, Abby masih mahu terus aktif melibatkan diri dalam bidang seni dan akan mempertimbangkan tawaran bergelar pengacara mana-mana program yang berkehendakkan personaliti bertudung.

Dalam perkembangan lain calon Penyampai Radio Wanita Terbaik, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPH2011) ini turut aktif dalam perniagaannya sebagai pembekal kelengkapan seperti perabot, zink dan plastik anak benih untuk, Felda Zon Tengah.

Perniagaan yang diusahakan bersama rakan kongsi itu tekah dikendalikannya sejak tiga tahun lalu dan menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan.
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:
Advertisement
#2
manis kak abby bila bertudung Winking
[Image: banner468x60.jpg]
Reply
Thanks given by:
#3
Teringat dulu ada personaliti TV3, dia ni ada anak kecik tadika, lepas anak dia balik tadika, anak dia bgtahu dia, "mama, cikgu kate kite ni orang islam kena tutup aurat, pakai tudung, kenapa mama x pakai tudung?" terus timbul kesedaran, tart dari situ dia dah pkai tudung..nma apa sya pon dah lupa, 5/6 tahun lepas rsanya..
Reply
Thanks given by:
#4
Alhamdulillah terpilih utk menerima hidayah....
Reply
Thanks given by:




Users browsing this thread: 1 Guest(s)