Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Bola Sepak Indonesia, Tiada Tanda Penyelesaian
#1
JAKARTA – Perkembangan terkini sukan bola sepak di Indonesia tidak menampakkan tanda-tanda menuju penyelesaian di tengah-tengah kemelut dihadapi Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI) sekarang.

Semasa usaha dibuat untuk menyelamatkan PSSI, sekumpulan anggota dalam persatuan itu pula telah membentuk Jawatankuasa Penyelamat Sepak Bola Indonesia (KPSI) yang akan mengadakan Kongres Luar Biasa di Jakarta hujung minggu ini juga untuk mencari jalan penyelesaian.

Namun pada waktu yang sama Pengurusan PSSI yang sedia ada akan mengadakan Kongres Tahunannya di Palangkaraya, Kalimantan Tengah.

Menteri Belia dan Sukan Indonesia, Andi Mallarangeng sudah pun menyuarakan harapan supaya polemik yang sedang berlaku dalam PSSI itu dapat diselesaikan segera kerana ia telah memberi kesan kepada prestasi pasukan kebangsaan dan pertandingan bola sepak di tanah air.

PSSI di bawah kepemimpinan Djohar Arifin Husin yang akan mengadakan Kongres Tahunan di Palangkaraya, mahu menilai semua program sedia ada selain merangka program baru untuk beberapa tahun yang akan datang.

KPSI yang akan menganjurkan kongres luar biasa di Hotel Mercure Jakarta, dengan disokong oleh majoriti anggota persatuan PSSI dilaporkan ingin menggugurkan kepimpinan Djohar Arifin dan membentuk pasukan pengurusan baru bagi PSSI.

Ketua penyelenggara kongres luar biasa itu, Roberto Rouw telah menyatakan jumlah mereka yang layak mengundi di perhimpunan luar biasa itu sama seperti kongres di Bali pada 2011 dan kongres luar biasa PSSI 2011 di Surakarta (Solo) Jawa Tengah iaitu 101 orang.

Andi pula dilaporkan berkata bahawa pihak kerajaan tidak menyokong atau melarang kongres yang hendak diadakan itu tetapi ingin melihat masalah yang dihadapi PSSI itu dapat segera diselesaikan.

Mengenai isu dua pertandingan iaitu Indonesia Premier League (IPL) yang diakui oleh PSSI dan Indonesia Super League (ISL) yang tidak diiktiraf oleh PSSI, beliau berharap kedua-duanya dapat disatukan atau kedua-duanya diiktiraf.

Polemik yang melanda PSSI ini telah menjejaskan prestasi pasukan bola sepak kebangsaan termasuk kekalahan teruk 0-10 kepada pasukan Bahrain pada pertandingan Pra Piala Dunia 2014, di Stadium Nasional Manama, Bahrain baru-baru ini.

Prestasi terburuk pasukan kebangsaan Indonesia sebelum ini ialah tewas 0-9 dalam perlawanan menentang Denmark pada 1974. – BERNAMA
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:
Advertisement
#2
sorry... tak mengikuti perkembangan... ekekkeke
Reply
Thanks given by:
#3
kat astro ada dorang siarkan. tapi kat channel indonesia pack
[Image: tR3hR.jpg]
Reply
Thanks given by:




Users browsing this thread: 1 Guest(s)