Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Junaidi yakin Parlimen akan 'habis sidang'
#1
SHAH ALAM - Sementara tumpuan beralih ke arah sidang Parlimen Mac-April yang bermula semalam, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar yakin bahawa kemungkinan besar pembubaran Parlimen tidak akan menjadi kenyataan ketika persidangan masih berlangsung.

Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-12 akan berlangsung sehingga 10 Mei ini. Sidang Dewan Rakyat berlangsung dari 12 Mac hingga 12 April manakala Dewan Negara pula dari 23 April hingga 10 Mei.

"Saya rasa tidak mungkin Parlimen akan dibubarkan semasa sidang masih berjalan," kata beliau kepada Sinar Harian Online.

Sejarah pilihan raya menunjukkan Parlimen pernah dibubarkan ketika ia masih bersidang.

Mengulas lanjut andaian beliau, Wan Junaidi berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mempunyai keistimewaan untuk menentukan tarikh pembubaran, mempunyai beberapa agenda dan perkara untuk ditunaikan dan disempurnakan sebagaimana diumumkan sebelum ini.

"Saya melihat pada opsyen yang lain, saya lihat Perdana Menteri ada agenda yang belum capai lagi, beliau mahu perkara-perkara yang hendak dibawa semuanya tercapai sebelum Parlimen dibubarkan," kata Ahli Parlimen Santubong ini dengan merujuk kepada penggubalan dua akta baru bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan pindaan ke atas Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) selain pembentangan laporan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) mengenai pembaharuan sistem pilihan raya.

Kerajaan juga meminda Akta Media Cetak dan Penerbitan.

"Selain itu, saya juga difahamkan satu lagi undang-undang baru iaitu akta berkaitan hubungan kaum juga akan dibawa... jadi ini semua memerlukan masa untuk dibahas dan diluluskan.

"Selepas sidang Dewan Rakyat akan ada sidang Dewan Negara yang memerlukan pengesahan apabila kesemua rang undang-undang diterima di peringkat Dewan Rakyat," kata beliau ketika ditanya mengenai spekulasi bahawa sesi Parlimen semasa adalah yang terakhir.

Gambaran yang sama juga dibuat ketika Parlimen bersidang dari Oktober hingga Disember lalu. Ternyata ia meleset.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah semalam merasmikan pembukaan mesyuarat pertama penggal kelima persidangan Parlimen ke-12.

Ditanya mengenai tarikh kemungkinan pembubaran dan Pilihan Raya Umum ke-13 berdasarkan pengalaman beliau, Wan Juanidi meramalkan masa yang sesuai adalah dua minggu pertama bulan Mei dan tempoh separuh kedua bulan Jun.

"Pertengahan Mei dan awal Jun akan ada sambutan Gawai dan Keamatan, yang diraikan oleh mereka yang ada di Sarawak dan Sabah. Jadi tidak mungkin pilihan raya akan diadakan ketika itu," katanya yang turut berpendapat bahawa akhir Jun adalah tempoh yang sesuai sebelum sidang Parlimen bulan Julai.

"Jadi sebelum bulan Ramadan, kita ada masa ini, ruang untuk kemungkinan pilihan raya," katanya lagi.
CETAK T-SHIRT, P.A SISTEM MAI PM CEK AREA NEGERI SEMBILAN


Reply
Thanks given by:
Advertisement
#2
(03-13-2012, 04:01 PM)DreamCatcher Wrote: "Pertengahan Mei dan awal Jun akan ada sambutan Gawai dan Keamatan, yang diraikan oleh mereka yang ada di Sarawak dan Sabah. Jadi tidak mungkin pilihan raya akan diadakan ketika itu," katanya yang turut berpendapat bahawa akhir Jun adalah tempoh yang sesuai sebelum sidang Parlimen bulan Julai.

"Jadi sebelum bulan Ramadan, kita ada masa ini, ruang untuk kemungkinan pilihan raya," katanya lagi.


Pilihnraya bulan 5 lagi best ble den balik kmpung,,hahahaha
Reply
Thanks given by:
#3
x sabar mengundi. first time ni.. Winking
CETAK T-SHIRT, P.A SISTEM MAI PM CEK AREA NEGERI SEMBILAN


Reply
Thanks given by:
#4
(03-13-2012, 05:45 PM)DreamCatcher Wrote: x sabar mengundi. first time ni.. Winking


Samo la den..
Reply
Thanks given by:




Users browsing this thread: 1 Guest(s)