Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Pekerja kebun sayur ditemui mati akibat ditetak
#1
Sad 
JITRA: Seorang pekerja kebun sayur warga Thailand ditemui mati dengan kesan tetakan di kepala di sebuah ladang getah di Kampung Kawah Lima, Asun dekat sini, pagi tadi.

Khambu Thongnet, 46, yang berasal dari Satun, Thailand, ditemui dalam keadaan berlumuran darah di dalam semak oleh pekerja ladang getah itu kira-kira jam 10 pagi.

Majikannya, Tan Giap Poh, 40-an, berkata ketika sampai di kebunnya yang terletak berhampiran ladang getah itu pagi tadi, beliau mendapati Khambu dan seorang lagi pekerja yang juga warga Thailand tidak ada di situ.
"Saya dan pekerja yang lain kemudian mencari kedua-dua mereka sebelum terdengar salakan anjing. Kemudian apabila ke tempat anjing itu menyalak, ternampak ada kesan darah. Mayat dijumpai kira-kira 12 meter dari situ," katanya kepada pemberita di tempat kejadian, di sini, hari ini.

Katanya beliau kemudian membuat laporan polis.

Sementara itu, seorang lagi saksi, Mohd Zakri Romli, 27, berkata ketika ditemui, mayat mangsa ditutup dengan daun.

"Saya sedang menoreh pagi tadi, ketika itu tolong pekerja kebun cari mangsa, apabila jumpa sudah mati, muka dia penuh darah," kata Mohd Zakri.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Zakaria Ahmad, berkata mangsa dipercayai dibunuh dalam tempoh antara satu hingga dua jam sebelum mayatnya ditemui.

“Siasatan awal mendapati kemungkinan kematian mangsa disebabkan oleh kecederaan teruk di bahagian leher akibat ditetak.

“Polis sedang mengesan rakan sekerjanya yang masih hilang bagi membantu siasatan kerana mereka dipercayai bergaduh sebelum mangsa ditemui mati,’ katanya. - BERNAMA
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:
Advertisement
#2
(03-12-2012, 06:07 PM)gamemaster Wrote: JITRA: Seorang pekerja kebun sayur warga Thailand ditemui mati dengan kesan tetakan di kepala di sebuah ladang getah di Kampung Kawah Lima, Asun dekat sini, pagi tadi.

Khambu Thongnet, 46, yang berasal dari Satun, Thailand, ............


geng2 dia jugak yang tetak ni rasanya..
Reply
Thanks given by:
#3
msti kes x puas hati la ni
Reply
Thanks given by:




Users browsing this thread: 1 Guest(s)