Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Labur RM260j
#1
TESCO Malaysia melabur RM260 juta bagi pembinaan Pusat Pengedaran Barangan Tesco (TADC) di Bukit Beruntung, Selangor yang mula beroperasi Ogos tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, SungHwan Do berkata, pusat pengedaran itu berperanan sebagai hab penyimpanan dan logistik barangan kering antaranya produk runcit dan dapur, kelengkapan elektrik dan elektronik serta pakaian yang memberi perkhidmatan kepada 45 rangkaian Tesco di Semenanjung Malaysia.


“Pembinaan pusat pengedaran di Bukit Beruntung adalah kesinambungan pusat sedia ada di Simpang Pulai, Perak yang berfungsi mengagihkan barangan pertanian.

“Pusat pengedaran ini dipilih memandangkan lokasinya yang strategik menghubungkan rangkaian Tesco di utara dan selatan Malaysia,” katanya yang ditemui ketika menerima kedatangan Pesuruhjaya Tinggi British, Simon Featherstone di Bukit Beruntung.


SungHwan berkata, pusat pengedaran itu dibangunkan di kawasan seluas 19.5 hektar dengan keluasan 53,000 kaki persegi adalah yang terbesar di Asia Tenggara. “TADC berkeupayaan membekal barangan kepada 100 rangkaian Tesco berbanding rangkaian sedia ada sebanyak 45 buah. Ketika ini kami bekerjasama dengan 1,493 pembekal dengan 47 peratus daripadanya pengusaha industri kecil dan sederhana (PKS),” katanya.
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:
Advertisement
#2
Rm260 juta rilek je dia kluar,,
Reply
Thanks given by:




Users browsing this thread: 1 Guest(s)