Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Pasaraya Jusco Akan Ditukar Kepada AEON
#1
AEON Co (M) Bhd melabur RM15 juta bagi tempoh dua tahun dalam usaha penjenamaan rangkaian pusat beli-belahnya, Jusco kepada Aeon bermula 15 Mac ini.
Pengerusinya, Datuk Abdullah Mohd Yusof berkata, penjenamaan dengan menukarkan Jusco kepada Aeon antara langkah pengukuhan rangkaian peruncitannya yang kini mencecah 24 gedung beli-belah (departmental stores) serta 19 pusat beli-belah seluruh Malaysia.

“Untuk tempoh setahun pertama, kita memperuntukkan RM10 juta bagi aktiviti penjenamaan identiti korporat seperti penukaran logo Jusco kepada Aeon, penggantian kad keahlian, pengiklanan dan promosi di media cetak dan elektronik yang akan dilakukan secara berperingkat-peringkat,” katanya pada majlis pelancaran penjenamaan syarikatnya di ibu negara semalam.
Abdullah berkata, bagi perluasan rangkaian pusat peruncitannya, Aeon Malaysia bakal membuka dua pusat beli-belah di Ipoh dan Seri Manjung, Perak dengan pelaburan RM350 juta sebuah, menjadikan jumlah pusat beli-belahnya kepada 21 buah tahun ini.

“Industri runcit negara bernilai kira-kira RM80 bilion setahun dan Aeon menjana pendapatan RM2.9 bilion tahun lalu. Pertumbuhan kumpulan berkembang secara organik buat masa ini. Namun, ia bergantung kepada peluang yang datang bagi sebarang aktiviti pengambilalihan atau penggabungan,” katanya.

“Pasaran kini semakin luas membuka ruang persaingan kepada pemain runcit mengembangkan perniagaan yang memberi manfaat kepada pengguna. Apa yang menjadi kekangan, kos tanah dan bangunan untuk membangunkan pusat membeli-belah kadangkala mencecah RM200 juta. Bagi aktiviti pengembangan kumpulan, kebanyakannya dibiayai oleh sumber dalaman tunai meletakkan kami dalam langkah berhati-hati pada setiap pelaburan yang dilakukan,” katanya.

Menurut Abdullah, bagi penembusan pasaran Sabah dan Sarawak, kumpulan itu menetapkan tempoh dua hingga tiga tahun akan datang dan kini sedang meninjau potensi pelaburan di sana.

“Objektif penjenamaan semula sebagai langkah kumpulan bergerak ke arah globalisasi dengan menghubungkan semua jenama Aeon di peringkat global, yang kini berada di Jepun, China dan Malaysia. Buat masa ini, operasi perniagaan tertumpu kepada aktiviti penjenamaan dan pengukuhan rangkaian sedia ada,” katanya.

sumber
Reply
Thanks given by:
Advertisement




Users browsing this thread: 1 Guest(s)