Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
MyEV boleh cas kereta elektrik hanya RM8
#1
[Image: image.jpg]

Mirahani Maris mengecas kereta elektrik mengunakan My EV Charger Network System pada majlis pelancaran MyEV Charger Network System di UTM Jalan Semarah hari ini. - Foto Bernama


KUALA LUMPUR - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berjaya membangunkan sistem pengecas kereta elektrik yang berkeupayaan mengecas pelbagai jenis kereta elektrik untuk bergerak sejauh 160km pada kadar hanya RM8.

Pembangunan sistem itu dikenali sebagai "My Electrical Vehicle (MyEV)" adalah inisiatif Sekolah Informatik Termaju UTM kampus Kuala Lumpur (UTM AIS) yang menjalin kerjasama Panasonic Engineering Malaysia Sdn Bhd dan General Electric Malaysia.

Pengarah Projek UTM AIS Prof Datuk Norbik Bashah Idris berkata sistem MyEV itu mengambil masa kira-kira 45 minit di stesen pengecas dan empat jam di rumah untuk mengecas penuh sebuah kereta elektrik.

Bercakap dalam sidang media bagi memperkenalkan MyEV itu di sini hari ini, beliau berkata pengguna kereta elektrik boleh menjimatkan 80 peratus kos pengangkutan berbanding kereta biasa melalui penggunaan MyEV itu.

Norbik berkata jenama kenderaan terkenal seperti Nissan dan Mitsubishi telah menunjukkan minat untuk menggunakan MyEV dalam model kereta elektrik mereka.

Beliau berkata MyEV turut dilengkapi perisian GPS yang dapat mengenal pasti lokasi pemandu dan akan memaklumkan kepada pemandu lokasi stesen pengecas terdekat.

"Setakat ini kita sudah mempunyai beberapa stesen pengecas kenderaan elektrik di Lembah Klang.

"Pada masa akan datang stesen pengecas akan dibina di kawasan tumpuan utama pengguna seperti di tempat letak kenderaan di kawasan perumahan, di parkir pasaraya dan juga di hentian R&R," katanya.

"Kami turut akan membangunkan 'mobile apps' MyEV yang boleh dimuat turun di portal MyEV nanti, di mana pengguna akan dapat pemberitahuan (notification) melalui SMS setelah bateri kenderaannya selesai dicas," katanya.

Edaran Tan Chong turut menyokong pembangunan projek MyEV apabila menyerahkan model kereta elektrik Nissan Leaf kepada UTM AIS untuk menguji keberkesanan sistem MyEV itu. - Bernama
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:
Advertisement
#2
bilo kuar nanti ni ??
Bawa bertenang...
Reply
Thanks given by:




Users browsing this thread: 1 Guest(s)