Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
BR1M: Daftar mulai 1 Nov, penerima lama tak perlu mohon
#1
PUTRAJAYA - Kementerian Kewangan akan membuat pemeriksaan dan semakan dengan agensi berkaitan bagi memastikan pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 adalah yang benar-benar layak menerima bantuan di bawah skim itu.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata bagi pemohon baharu, mereka perlu mengisi borang pendaftaran permohonan yang disediakan di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pejabat daerah serta pejabat pembangunan persekutuan.

Kementerian akan melakukan semakan dengan agensi berkaitan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, LHDN dan sebagainya, katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Beliau berkata pendaftaran bermula 1 Nov ini, dan hanya dua kategori pemohon perlu mengisi borang iaitu orang bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan kurang RM2,000 (kecuali pelajar institusi pengajian tinggi) dan mereka yang tercicir daripada senarai BR1M yang lepas.

Bagi penerima BR1M yang lalu, mereka tidak perlu lagi memohon kerana akan layak secara automatik menerima BR1M 2.0 yang dijangka diagih awal tahun depan, katanya.

"Namun kami tetap buat pemeriksaan, mungkin ada yang perlu pengubahsuaian, mungkin ada kes-kes penerima BR1M tahun ini yang dah meninggal dunia. Kalau ketua keluarga dah meninggal, isteri masih boleh ambil (BR1M 2.0)," katanya.

Pada pembentangan Belanjawan 2013 baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan mengumumkan pelaksanaan BR1M 2.0 sebagai susulan kepada BR1M tahun ini, dan turut dipanjangkan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, yang melayakkan mereka menerima bantuan RM250.

BR1M tahun ini menyaksikan kerajaan persekutuan memberi bantuan RM500 kepada setiap isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah, yang dimanfaatkan oleh 4.2 juta isi rumah membabitkan peruntukan kira-kira RM2.2 bilion, manakala BR1M 2.0 membabitkan peruntukan RM3 bilion dengan tambahan penerima kira-kira 2.7 juta individu bujang.

Husni berkata bagi pelajar institusi pengajian tinggi, mereka akan menerima Baucar Buku 1Malaysia bernilai RM250 berbanding RM200 pada pemberian tahun ini.

Bagi yang tercicir daripada senarai BR1M tahun ini, beliau memberi contoh mereka mungkin terdiri daripada kumpulan yang lambat menghantar borang, atau mungkin maklumat mengenai BR1M tidak sampai kepada mereka, atau mungkin baru tergolong dalam kategori warga emas (60 tahun) sebatang kara.

Ahmad Husni berkata selain borang yang disediakan di pejabat berkenaan, permohonan juga boleh dibuat dalam talian. - Bernama
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:
Advertisement




Users browsing this thread: 1 Guest(s)