Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
8,000 lulusan jururawat kolej swasta menganggur
#1
KUALA LUMPUR - Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata kajian Kementerian Kesihatan menunjukkan ketika ini, kira-kira 8,000 lulusan kolej kejururawatan menganggur.

Beliau berkata, sehubungan itu, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Kesihatan akan berbincang untuk mencari penyelesaian menyeluruh supaya wujud keseimbangan antara jumlah lulusan kejururawatan yang dikeluarkan dan keperluan semasa.

"Ada lulusan kolej kejururawatan swasta yang terpaksa menganggur sehingga tiga tahun.

"Masalah ini berlaku kerana tidak ada keseimbangan di antara jumlah pelajar yang mengikuti latihan kejururawatan dan peluang pekerjaan yang ada," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan surat tahniah kepada 60 lulusan kejururawatan kolej swasta yang mendapat pekerjaan melalui My Career Fair 2012 anjuran Pasukan Petugas Pelaksanaan Khas di Wisma Perkeso hari ini.

Beliau berkata, selain terpaksa menganggur, lulusan itu juga terpaksa menanggung beban hutang pendidikan.

Justeru, Subramaniam menasihatkan lulusan kejururawatan yang masih menganggur agar mengubah cara pemikiran dan cuba mencari peluang pekerjaan di tempat lain selain hospital swasta.

"Antara tempat lain yang memerlukan khidmat jururawat ialah rumah penjagaan warga emas dan rumah penjagaan kanak-kanak kurang upaya," katanya.

Beliau berkata menerusi My Career Fair 2012 yang bertema 'Menyatukan Bakat Dengan Peluang', satu temuduga terbuka diadakan pada 24 Mei lepas untuk graduan sektor kesihatan di Shah Alam.

Sesi temuduga itu diadakan dengan kerjasama beberapa hospital iaitu Pusat Perubatan Sime Darby, Hospital Pantai Cheras, Hospital Pantai Ampang, Hospital Damai dan Hospital Assunta.

Subramaniam juga berkata selain menyampaikan surat tahniah kepada lulusan kejururawatan berkenaan, majlis hari ini diadakan bagi menghargai jasa baik hospital yang terlibat dalam sesi temuduga. - Bernama
CETAK T-SHIRT, P.A SISTEM MAI PM CEK AREA NEGERI SEMBILAN


Reply
Thanks given by:
Advertisement




Users browsing this thread: 1 Guest(s)