Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
IPO Astro ditetap pada RM3 sesaham
#1
[Image: 470x275x5554d569d5addc72d036ca4ae8dcce7b...hG4OZY.png]

Astro Malaysia berkata tawaran awam permulaannya (IPO) menerima permintaan yang kukuh daripada pelabur Malaysia dan antarabangsa, termasuk daripada pelabur institusi utama.

Dalam satu kenyataan hari ini, Astro Malaysia berkata bahagian runcit, institusi, asas dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) tawaran itu berharga RM3.00 sesaham.

Pada RM3.00 sesaham, permodalan pasaran kumpulan hiburan media pengguna bersepadu di Malaysia pada RM15.6 bilion atau US$5.1 bilion, demikian menurut syarikat itu dalam satu kenyataan.

IPO berkenaan merupakan tawaran awam ketiga terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara setakat ini tahun ini.

IPO itu terdiri daripada 1,518,300,000 saham biasa dengan nilai tara 10 sen sesaham, mewakili kira-kira 29.2 peratus jumlah modal saham terbitan dan berbayar Astro Malaysia, di mana kira-kira 20.1 peratus merupakan saham sekunder yang ditawarkan oleh pemegang saham Astro Malaysia, Astro Networks (Malaysia) Sdn Bhd, dan kira-kira 9.1 peratus adalah saham utama ditawarkan oleh syarikat.

Jumlah dana yang diperoleh kira-kira RM4.6 bilion atau US$1.5 bilion, di mana jumlah yang diraih oleh syarikat ialah RM1.4 bilion atau US$0.5 bilion.

Jumlah permintaan bagi tawaran institusi (tidak termasuk tawaran kepada pelabur asas dan pelabur Bumiputera diluluskan oleh MITI adalah lebih 30 kali jumlah saham yang ada.

- Bernama
[Image: tR3hR.jpg]
Reply
Thanks given by:
Advertisement




Users browsing this thread: 1 Guest(s)