Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Penerbit Innocence of Muslims dijel
#1
[Image: image.jpg]

LOS ANGELES - Nakoula Basseley Nakoula, penerbit Innocence of Muslims, filem yang mencetuskan protes di kalangan umat Islam di seluruh dunia, diarah ditahan di penjara kerana melanggar terma-terma pemantauan hukuman yang dijatuhkan sebelum ini.

"Mahkamah kurang percaya dengan defendan pada masa sekarang," kata Hakim Suzanne H Segal, semalam.

Segal juga berkata, Nakoula membawa "kemudaratan kepada komuniti."

Nakoula, disoal siasat oleh pihak berkuasa persekutuan awal minggu lalu, ditahan awal semalam, lapor Los Angeles Times.

Pendakwa raya persekutuan berhujah petang semalam bahawa penerbit filem itu mengundang bahaya dan seharusnya diletakkan dalam tahanan.

Bagaimanapun peguamnya, Steve Seiden berhujah Nakoula sewajarnya dibebaskan atas bon.

Malah peguamnya berkata, anak guamnya berhadapan dengan bahaya di penjara persekutuan di Los Angeles kerana ia menempatkan ramai tahanan beragama Islam.

Peguam itu menafikan Nakoula melanggar apa-apa terma pemantauan.

Nakoula pernah dijatuhkan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan menipu bank. Dia ditahan pada 2009.

Di bawah tempoh pemantauan, Nakoula tidak dibenar menggunakan atau memiliki perkakasan yang membolehkannya akses kepada Internet tanpa kelulusan pihak pemantau.

Menurut laporan CNN, pendengaran awal dimulakan dengan Segal bertanya kepada defendan apa nama sebenarnya.

Dia menjawab: "Mark Basseley Yousseff."

Kemudian hakim sekali lagi bertanya nama defendan.

"Mark Basseley," katanya kali ini.

Menurut peguam bela, anak guamnya, yang pernah menggunakan 17 nama sebelum ini, biasanya dikenali Nakoula.

Pendakwa raya berkata Nakoula berupaya untuk membuat pembayaran ketika filem berkenaan dihasilkan.

Oleh itu katanya, Nakoula boleh meninggalkan kawasan dia tinggal sementara kesnya dijalankan.

Pendakwa raya mengesyorkan hukuman penjara 24 bulan.



Kronologi insiden protes filem Innocence of Muslims


1 – 2 Julai 2012
Seorang pengguna YouTube yang menggunakan nama ‘Sam Bacile’ memuat naik treler filem yang mengandungi klip filem menghina Nabi Muhammad SAW.

4 September 2012
Treler filem terbabit telah dialih bahasa ke bahasa Arab dan dimuat naik semula ke YouTube.

5 September 2012
Mor¬ris Sadek, seorang yang berbangsa Mesir-Kristian yang tinggal di Amerika Syarikat (AS) mempromosikan video berkenaan menerusi Twitter dan blognya bersempena Hari Penghakiman Muhammad Antarabangsa, yang dihoskan oleh seorang paderi Florida, Terry Jones dan dijadualkan sempena 11 September.

8 September 2012
Ahli agama Mesir dari saluran TV Al-Nas menyiarkan video itu dan mengutuknya.

9-10 September 2012
Sadek terus menerus mempromosikan video itu di Twitter. Pakar berkata, ekstremis Libya merancang untuk mengadakan protes sempena 11 September yang tidak ada kaitan dengan video berkenaan.

11 September 2012
Empat warga AS termasuk seorang duta terbunuh apabila anggota militan menyerang dan membakar Konsulat AS di Benghazi, Libya. Di Mesir, penunjuk perasaan memanjat dinding Kedutaan AS di Kaherah dan menurunkan bendera Amerika.

14 September 2012
Menurut laporan agensi berita rasmi Lubnan, seorang terbunuh di Tripoli manakala ramai yang lain cedera semasa protes terhadap filem itu. Mereka yang tercedera termasuk anggota pasukan keselamatan Lubnan.

17 September 2012
Pemimpin Hezbollah, Sheikh Hassan Nasrallah, muncul di perhimpunan besar-besaran di Lubnan mengecam AS dan memberi amaran sesiapa yang tidak menghormati Islam, akan menempah maut sebagai balasan.

18 September 2012
Pendakwa raya Mesir merujuk tujuh Kristian Mesir yang tinggal di AS dan Florida – termasuk paderi, Terry Jones ke mahkamah atas tuduhan menyinggung penganut Islam melalui penerbitan filem anti-Islam yang telah mencetuskan bantahan di seluruh dunia.

19 September 2012
Sekumpulan peguam Pakistan berarak melalui pintu gerbang dengan membawa sepanduk di Islamabad yang menempatkan Kedutaan AS dan kedutaan asing lain. Seorang peguam kemudiannya bertindak membakar bendera AS dan menyebabkan kesesakan lalu lintas, tetapi pihak polis berjaya menyekat penunjuk perasaan dari berarak di perkarangan kedutaan. Sehubungan itu, Kerajaan Pakistan mengumumkan Jumaat lalu sebagai cuti kebangsaan bagi rakyatnya mengadakan protes terhadap rakyat Amerika yang anti-Islam.

21 September 2012
Protes dan perhimpunan besar-besaran di banyak negara termasuk di Malaysia.

25 September 2012
Seorang aktres filem ini memfailkan semula kes di mahkamah persekutuan; kes terhadap penerbit filem dan juga Google dan YouTube.
[Image: tR3hR.jpg]
Reply
Thanks given by:
Advertisement
#2
pakai topeng.. Macam lakon je lebih
Reply
Thanks given by:




Users browsing this thread: 1 Guest(s)