Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
3 muka baru perkuat Malaysia lawan Hong Kong
#1
TIGA muka baru merupakan antara 33 pemain yang dipanggil menjalani latihan dan pemilihan pasukan Malaysia bagi menghadapi Hong Kong dalam perlawanan persahabatan di Stadium Mongkok, Hong Kong pada 16 Oktober ini.

Berdasarkan senarai dikeluarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini, tiga muka baru dalam skuad kendalian ketua jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk K. Rajagobal itu ialah pemain tengah Pahang, R. Gopinathan; pertahanan Kedah, Khairul Helmi Johari dan penjaga gol Selangor, Norazlan Razali.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, FAM berkata, kesemua pemain

dikehendaki hadir ke Wisma FAM di Kelana Jaya untuk sesi latihan dan pemilihan dari 5 hingga 13 Oktober ini.



Senarai pemain:

Amar Rohidan, Baddrol Bakhtiar, Mohd Khyril Muhymeen Zambri dan Khairul Helmi Johari (Kedah); Azamuddin Mohd Akil dan R.Gopinathan (Pahang); penyerang Pelita Jaya, Mohd Safee Mohd Sali dan Shahrizal Saad (Johor FC).

Amiridzwan Taj Tajudin, D.Christie Jayaseelan, Mohamad Azmi Muslim, Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Mohamad Zaquan Adha Abdul Radzak (Angkatan Tentera Malaysia); Muhammad Zubir Mohd Azmi dan Mohd Faizal Muhammad (Terengganu).

Safiq Rahim, Mohd Bunyamin Umar dan Norazlan Razali (Selangor); Ahmad Shakir Mohd Ali, Mohd Farizal Marlias dan S.Kunanlan (Negeri Sembilan); Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Shakir Shaari, Norshahrul Idlan Talaha dan S.Subramaniam (Kelantan) serta Ahmad Fakri Saarani dan Yong Kuong Yong (Felda United).

Gary Steven Robbat, Mahalli Jasuli, Mohd Fadhli Mohd Shas, Mohd Affize Faisal Mamat, Mohd Izham Tarmizi Roslan dan Wan Zack Haikal Wan Nor (Harimau Muda A). – Bernama
[Image: tR3hR.jpg]
Reply
Thanks given by:
Advertisement




Users browsing this thread: 1 Guest(s)