Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Habuan jana untung
#1
KUALA LUMPUR: Peneroka Felda tidak pernah dimanjakan kerajaan dengan peruntukan tertentu untuk kepentingan dan faedah mereka seperti didakwa sesetengah pihak, kata Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Sebaliknya, beliau berkata, habuan diterima peneroka Felda adalah hasil peruntukan daripada keuntungan diraih agensi itu menerusi pelbagai sumber, termasuk keuntungan daripada kegiatan perladangan.


“Sejak 1991, kita tidak lagi menerima peruntukan kerajaan sebaliknya apa saja yang kita laksanakan adalah melalui peruntukan daripada keuntungan Felda. Kadang-kadang timbul salah faham bahawa kerajaan melebihkan Felda tapi apa yang peneroka terima sekarang ini adalah duit (keuntungan) Felda.

“Lebih-lebih lagi apabila Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) wujud, keuntungan akan dibayar kepada Felda, selain melalui sewa dan 17 peratus daripada unit amanah. Ada pihak yang menganggap apa yang kita belanjakan adalah duit daripada kerajaan, ternyata tanggapan itu salah,” katanya pada sidang media selepas menyerahkan tajaan sempena Kejohanan Perahu Layar KFC-Felda Terbuka Johor 2012 serta Karnival Grand Slam GP Joran di Tanjung Leman, Mersing, Johor.


Hadir sama Presiden merangkap Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp), Kamarulzaman Abu Bakar; Timbalan Presiden Persatuan Pelayar Johor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Kejohanan Perahu Layar KFC-Felda Terbuka Johor dan Karnival Tanjung Leman, Lukman Abu Bakar serta Pengarang Eksekutif Rencana Berita Harian, Zainor Said.


Karnival Grand Slam GP Joran BH 2012 yang akan berlangsung pada 6 dan 7 Oktober depan turut mendapat tajaan JCorp menerusi beberapa anak syarikatnya. Selain itu, Kejohanan Perahu Layar KFC-Felda Terbuka Johor 2012 turut diadakan pada 28 hingga 30 September ini. Sementara itu, Mohd Isa turut menjelaskan bahawa keuntungan diterima Felda bukan saja untuk dinikmati peneroka malah perkongsian kejayaan Felda turut dikongsi bersama masyarakat luar Felda seperti Program Kasih Felda.

“Melalui program itu, Felda memperuntukkan RM20 juta tahun ini untuk membaik pulih rumah penduduk di kampung tradisional yang berhampiran dengan tanah rancangan Felda di seluruh negara dengan kos RM5,000 bagi setiap rumah terpilih. “Malah, Perdana Menteri (PM) juga minta Felda menampung sebahagian kos yang ditanggung anak warganya yang memasuki universiti bagi meringankan beban kerajaan,” katanya.


Beliau berkata, setiap tahun Felda turut melatih anak warga Felda yang mendapat kelulusan akademik kurang menyerlah dengan pelbagai kursus kemahiran dan tahun ini saja, seramai 2,900 mengikuti kursus mengambil masa antara enam bulan, setahun dan sebagainya.

“Hasrat PM juga supaya kita memperluaskan peluang berkenaan, mungkin 30 hingga 40 peratus kepada anak-anak di kampung tradisional berhampiran.


“Inilah dimaksudkan kita berkongsi bersama kejayaan Felda itu,” katanya.
CETAK T-SHIRT, P.A SISTEM MAI PM CEK AREA NEGERI SEMBILAN


Reply
Thanks given by:
Advertisement




Users browsing this thread: 1 Guest(s)