Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
MB Selangor Tulis Buku Kongsi Pengalaman Hidup
#1
[Image: mbb.jpg]

SUBANG JAYA: Pernah bergelar ketua pegawai eksekutif (CEO) dan kini menyandang jawatan menteri besar di Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Jumaat melancarkan buku nukilannya berjudul 'Fearless: From Kampung Boy To CEO'.

Abdul Khalid berkata keputusan menulis buku ini dibuat bagi berkongsi pengalamannya dengan masyarakat terutama golongan muda bahawa seorang anak kampung juga boleh berjaya dalam kehidupan.

"Buku ini ditulis untuk beri gambaran kepada anak muda jika kita punya usaha dan cita-cita semua itu akan dapat dicapai sekiranya dilakukan dengan penuh ikhlas dan amanah.

"Mereka perlu terima hakikat dalam hidup ini bukan hanya ada kejayaan tetapi juga ada kekecewaan yang perlu diatasi dengan sikap mencuba lagi," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran buku 'Fearless: From Kampung Boy To CEO', di sebuah hotel dekat sini.

Hadir sama isteri beliau, Puan Sri Salbiah Tunut yang turut bertindak menyempurnakan majlis pelancaran, ahli-ahli Exco kerajaan negeri Selangor, ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat.

Menurut Abdul Khalid, bacaan ringan berharga RM25.00 yang memuatkan kisah dan pengalaman hidup beliau sejak di bangku sekolah ini dikeluarkan bukan untuk mengaut keuntungan.

Katanya, hasil jualan buku berkenaan akan dikembalikan kepada Pejabat Menteri Besar sebelum disalurkan kepada badan amal dan golongan yang memerlukan.

"Memang kita jual, tapi kita tak ambil apa-apa (untung). Pendapatan akan sampai ke MBI (Menteri Besar Incorporated) dan akan diagihkan ke rumah orang-orang miskin dan sebagainya," katanya.

Pernah bergelar guru dan pensyarah, Abdul Khalid berkata, buku ini juga ditulis sebagai penghargaan dan sumbangan kecil beliau kepada negara.

Tidak menafikan sentiasa sibuk dengan tugas, beliau bagaimanapun bersyukur kerana dapat menyiapkan buku ini dalam tempoh enam bulan.

"Saya kena curi-curi (masa) tulis. Sesetengah orang ada masa hujung minggu tapi menteri besar hujung minggunya lebih sibuk.

"Jadi saya tentukan masa untuk menulis dan kena fokus menulis pada masa itu...lebih sistematik," jelasnya.

Beliau berkata buku pertamanya ini dilihat sebagai latihan untuk menghasilkan buku-buku seterusnya.

Katanya, beliau berharap dapat menghasilkan sebuah buku yang lebih cenderung kepada akademik pada masa akan datang.

Ditanya tentang mesej penting yang terdapat dalam buku ini, beliau berkata:

"Jadilah diri sendiri dan sentiasa bersedia."

Terdahulu, dalam ucapannya Abdul Khalid berkata, terdapat kandungan dalam bukunya yang dapat diterjemahkan dalam pentadbirannya di Selangor.

"Saya mahu berkongsi cerita. Dalam sebarang situasi...kita dapat lakukan sesuatu untuk rakyat.

"Matlamatnya mahu melakukan yang terbaik untuk semua orang," jelasnya.

Sementara itu, isteri beliau dalam ucapannya turut berkongsi cerita dengan tetamu tentang Abdul Khalid yang sudah menjadi suaminya selama 40 tahun.

Beliau yang menghabiskan masa selama satu jam membaca buku ini menyatakan kesyukuran dikurniakan suami yang baik dan berilmu.

"Saya rasa buku ini sangat ringan yang boleh membuatkan kita terhibur sambil terselit kata-kata motivasi.

"Daripada buku ini kita dapat tahu beliau adalah seorang yang ringkas, banyak berfikir dan adakalanya tak tahu apa yang berlaku di rumah sehingga saya perlu memberi laporan.

"Kalau beliau marah di rumah saya biasanya hanya berdiam diri," katanya disambut gelak ketawa daripada tetamu.

Abdul Khalid menceburi dunia korporat dengan menyandang jawatan CEO di Permodalan Nasional Berhad (PNB) dari 1979 hingga 1994.

Beliau kemudian menjadi CEO Guthrie Malaysia (kini Kumpulan Guthrie Bhd) dari 1995 hingga 2003 sebelum menceburkan diri di arena politik dengan menyertai parti pembangkang.
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:
Advertisement




Users browsing this thread: 1 Guest(s)