Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Klip filem hina Nabi disekat, tapi tidak menyeluruh
#1
[Image: image.jpg]

Treler filem kontroversi Innocence of Muslims berdurasi 13 minit, yang mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia kerana menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW, tidak boleh diakses oleh pengguna dari Malaysia mulai petang tadi.

Sekatan itu berkuat kuasa sehari selepas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) agar mengambil tindakan sewajarnya.

Penelitian Sinar Harian Online mendapati antara klip yang tidak boleh diakses ialah "Innocence of Muslims - Muhammad Movie - FULL HD".

Klip itu memaparkan mesej "This content is not available in your country due to a legal complaint" (kandungan ini tidak boleh didapati di negara anda ekoran aduan perundangan) apabila cuba diakses sejak petang tadi.

Pada sebelah pagi tadi, kesemua dapat akses tanpa sebarang masalah.

Bagaimanapun bukan semua klip ataupun filem penuh tertakluk kepada sekatan sejak petang tadi.

Berpuluh-puluh klip, yang durasinya antara satu minit dan 15 minit masih boleh akses oleh pengguna dari Malaysia.

Semalam, Rais berkata, SKMM bertanggungjawab dari segi undang-undang untuk mengambil langkah sesuai dan pencegahan menyekat kandungan video itu daripada boleh diakses di Malaysia.

Bilangan mereka yang akses kepada treler itu telah mencecah ratusan ribu sementara protes umat Islam merebak ke 20 negara setakat ini.

YouTube telah menyekat pengguna di Libya dan Mesir daripada akses kepada treler itu buat sementara waktu.

Bagaimanapun ia menegaskan tidak akan mengeluarkannya secara kekal kerana tidak melanggar garis panduan YouTube.

Justeru, walaupun kerajaan telah mengambil langkah menyekat treler filem itu secara berperingkat sejak petang tadi, namun pada masa yang sama, Sinar Harian Online juga mendapati, treler filem sentiasa dimuat naik oleh pengunjung laman YouTube sepanjang hari dengan menggunkan judul yang hampir sama dengan filem asal.

Antara judul yang berkaitan filem masih belum disekat ialah Muhammad Movie Trailer - Innocence Of Muslims, Innocence of Muslims Trailer "Egypt Protest Movie, Sam Bacile Mohammad Trailer Egypt Protest Film dan Innocence of Muslims - Film That Provoked Libya Terror Attack.

Dalam pada itu, antara yang turut disekat ialah Full HD Innocence of Muslims, Full HD Muhammaad movie trailer, dan Full HD Muhammad Movie-Innocence of Muslims.
CETAK T-SHIRT, P.A SISTEM MAI PM CEK AREA NEGERI SEMBILAN


Reply
Thanks given by:
Advertisement




Users browsing this thread: 1 Guest(s)