Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Ramli Juhari Dilantik Setiausaha SPA
#1
PUTRAJAYA: Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Datuk Ramli Juhari dilantik sebagai Setiausaha SPA yang ke-17, menggantikan Datuk Lamien Sawiyo berkuatkuasa pada Selasa.

Pengerusi SPA, Tan Sri Mahmood Adam berkata, Ramli, 57, lulusan ManchesterUniversity dalam bidang Sumber Manusia, dilantik oleh Ketua Setiausaha Negaramengambil kira pengalaman beliau selama 24 tahun berkhidmat di SPA, iaitu mulai Mei 1989.

Sepanjang tempoh tersebut, beliau pernah menyandang jawatan sebagai Penolong Setiausaha, Ketua Penolong Setiausaha dan akhir sekali Timbalan Setiausaha (Pengambilan), katanya dalam kenyataan diedarkan pada majlis penyerahan notaserah tugas jawatan di sini, Isnin.

Majlis itu disaksikan oleh Timbalan Pengerusi SPA Datuk Segarajah Ratnalingam.

Mahmood berkata, Lamien yang mula bertugas sebagai Setiausaha di SPA sejak Februari 2008, akan bertukar ke Parlimen sebagai Ketua Pentadbir Parlimen, juga berkuatkuasa esok, menggantikan Datuk Ngah Senik yang tamat tempoh perkhidmatan. - BERNAMA
[Image: tR3hR.jpg]
Reply
Thanks given by:
Advertisement




Users browsing this thread: 1 Guest(s)