Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Pereka komputer riba Moggridge meninggal dunia
#1
[Image: image.jpg]

NEW YORK - Bill Moggridge, seorang pereka industri warga Britain yang mengilhamkan komputer riba yang popular, meninggal dunia di sini, kelmarin.

Mendiang berusia 69 tahun.

Smithsonian Cooper-Hewitt, Muzium Reka Bentuk Kebangsaan berkata, Moggridge seorang pengarah sejak 2010 mati pada akibat kanser.

AP melaporkan bahawa Moggridge diberi pengiktirafan atas sumbangan beliau mencipta Grid compass, yang mempunyai papan kekunci yang mempunyai paparan kuning dan hitam. dijual dengan harga AS$8,150 apabila dilancarkan pada 1982.

Ia yang disaluti dengan magnesium dan tahan lasak, digunakan oleh tentera AS.

Komputer terbabit telah mencipta rekod tersendiri apabila dibawa ke angkasa lepas oleh Discovery pada 1985.

Walaupun telah banyak komputer riba dicipta pada masa itu, Grid System Corp telah memiliki hak paten untuk rekaan berbentuk kulit kepah dengan skrin yang boleh dilipat, ujar Alex Bochannek seorang kurator di Muzium Sejarah Kompter di Mountain View, Calif.

Moggridge mengusulkan rekaan boleh lipat ini setelah menyedari skrin panel yang rata, papan kekunci dan litarnya adalah sesuai.

"Dari segi rekaan industri, Moggridge adalah perintis kepada cadangan tersebut," kata Bochannek. "Dia mengeluarkan idea yang lebih tepat."

Pada masa itu, komputer riba, adalah serupa dengan mesin menjahit mudah alih yang beratnya lebih daripada 20 paun dan agak besar untuk dibawa, kata beliau.

Selepas menggunakan mesin tersebut, Moggridge menyedari rekaanya perlu diubah, kata Bochannek. Hasil kerja beliau lebih memfokus terhadap bagaimana manusia untuk berinteraksi terhadap peralatan terbabit.

Beliau meninggalkan balu berusia 47 tahun, Karin dan dua anak, Alex dan Erik.
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:
Advertisement
#2
baru den tau dia ni pereka laptop ropanya.. RIP Winking
CETAK T-SHIRT, P.A SISTEM MAI PM CEK AREA NEGERI SEMBILAN


Reply
Thanks given by:




Users browsing this thread: 1 Guest(s)