Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
C.Ronaldo tuntut £25 Juta/Tahun: Punca keretakan hubungan dengan Real Madrid
#1
CRISTIANO RONALDO menuntut gaji sebanyak £25 juta setahun daripada Real Madrid dan jika mereka gagal memenuhi permintaannya itu, pemain Portugal tersebut mahu berpindah ke kelab lain.

Akhbar The Sun UK melaporkan, itulah yang menjadi punca mengapa pemain itu enggan meraikan dua jaringan golnya dalam perlawanan menentang Gradana hujung minggu lalu dan mempamerkan wajah yang 'masam' sepanjang perlanwanan itu.

Pengakuannya yang terkini iaitu mahu meninggalkan kelab Catalan itu telah membuka mata Manchester City dan United.

Melainkan City, adalah tidak pasti bagaimana United mampu memenuhi permintaan yang sebegitu tinggi daripada bekas pemain mereka itu.

Ronaldo dijual kepada Real tiga tahun lalu pada harga rekod dunia iaitu £80 juta.

Pemain itu kini terdesak untuk memulakan rundingan baru walaupun dia masih mempunyai baki tiga tahun lagi dalam kontrak lamanya.

Ronaldo, 27, buat masa ini menerima ganjaran sebanyak £9.6 juta setahun tetapi setelah ditolak cukai pendapatan, membawa pulang gaji bersih sebanyak £7.2 juta.

Dia kini dikatakan mendesak gaji sebanyak £12 juta setahun selepas ditolak cukai.

Ini bermakna Ronaldo mahukan gaji sebelum cukai sekitar £14.5 juta setahun.

Bagaimanapun, masalah bagi Real Madrid ialah berdasarkan undang-undang percukaian Sepanyol, dalam tempoh dua tahun lagi, kadar cukai Ronaldo akan melonjak dari 24 kepada 52 peratus.

Dan ini bermakna, bagi membolehkannya memperolehi gaji sebanyak £12 juta bersih selepas cukai, Madrid harus menyediakan bajet sehingga £25 juta setahun hanya untuk membayar gaji dan cukai Ronaldo atau £480,000 seminggu.

Tidak ada kelab yang sanggup membayar sebegitu rupa buat masa ini melainkan Manchester City atau Paris St Germain.

Ronaldo sebenarnya mahukan rundingan baru kontraknya dibincangkan sejak Januari lalu.

Bagaimanapun pengurusan Madrid tidak mahu tunduk kepada tekanan itu kerana dalam tempoh dua tahun dari sekarang semua kelab Eropah diwajibkan mempunyai rekod kewangan yang cermat dan seimbang dengan pendapatan mereka.

Pada masa yang sama, Sepanyol kini sedang berhadapan dengan krisis kewangan yang serius dan pihak kelab tidak mahu dilihat sebagai berbelanja boros sedangkan seluruh negara sedang tenat dengan inflasi yang tinggi dan kadar pengangguran yang paling tinggi di Eropah.

Sejak menyertai Madrid, Ronaldo telah menjaringkan 114 gol dalam hanya 104 perlawanan iaitu satu rekod yang sangat luar biasa.

Dia kini menggunakan peluang tersebut untuk menuntut ganjaran yang lebih besar apatah lagi selepas dia menyaksikan pengurus pasukan Jose Mourinho, pemain tengah, Angel Di Maria, Alvaro Arbeloa dan Raul Albiol semuanya telah memperbaharui kontrak mereka.
CETAK T-SHIRT, P.A SISTEM MAI PM CEK AREA NEGERI SEMBILAN


Reply
Thanks given by:
Advertisement
#2
nak beli gunung kot
duit dia masi kurang lagi
Reply
Thanks given by:




Users browsing this thread: 1 Guest(s)