Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Roti canai, teh tarik 55 sen, promosi sempena merdeka
#1
[Image: image.jpg]

BUKIT TUNGGAL – Jika orang lain sibuk memasang bendera di kediaman atau kenderaan masing-masing bagi menyatakan kecintaan terhadap tanah air, namun berbeza pula bagi seorang peniaga roti canai, Maiza Mohd, 33.

Maiza tampil membuat promosi harga hanya 55 sen untuk beberapa makanan dan minuman terpilih selama tiga hari bermula kelmarin hingga tanggal 31 Ogos.

Selain roti canai biasa yang dijual dengan harga 55 sen, roti telur dan teh tarik turut dijual dengan harga sama.

Sebelum ini harga roti canai biasa ialah 80 sen, roti canai telur RM1.30 dan teh tarik RM1.

Lebih menarik sempena promosi itu juga, seramai 500 pelanggan terawal yang berkunjung ke kedai Awang Roti Canai turut diberikan Jalur Gemilang secara percuma.

Kata Maiza, bendera yang diberikan kepada pelanggan dibekalkan Penyelaras Pemuda Umno Dun Bukit Tunggal.

"Idea untuk mengadakan promosi berkenaan terhasil bagi mengambil simbolik sempena sambutan 55 tahun kemerdekaan negara.

"Promosi ini juga bertujuan menghargai sokongan pelanggan hingga meletakkan kedainya antara penjual roti canai dikenali di sekitar Bukit Tunggal," katanya.

Menurutnya, sepanjang 10 tahun terlibat dalam perniagaan roti canai, ini merupakan promosi besar-besaran yang pernah dia buat.

"Idea ini terhasil melalui kesedaran saya sendiri bagi menyatakan semangat patriotik untuk negara tercinta. “Malah, seawal hari pertama promosi ini roti yang terjual mencecah 500 biji dan sambutan yang terima begitu hebat," katanya.

Maiza menjangkakan sekurang-kurangnya 300 roti canai dapat dijual setiap hari.

Katanya, dia sendiri yang menebar roti canai untuk pelanggan manakala empat pekerjanya termasuk isteri melayan pelanggan yang berkunjung ke gerainya yang terletak di Kampung Bukit Tunggal itu.

“Kesemua pelanggan yang berkunjung ke kedai saya ini akan merasai roti canai yang dibuat sepenuhnya oleh saya, meskipun penat, namun saya tetap gembira kerana dapat membuat sesuatu yang berharga ini,” kata bapa kepada tiga orang cahaya mata ini.

Maiza yang berasal dari Kampung Seberang Tuan Chik Haji, Bukit Tunggal ini berkata, dia tidak sesekali menyesal atau bimbang menanggung kerugian berikutan berani mengambil risiko besar dengan menjual dengan harga yang begitu murah, sebaliknya yakin dan percaya rezeki itu ditentukan ALLAH SWT.

"Kalau niat kita baik ALLAH akan bukakan pintu rezeki seluasnya, saya tidak takut rugi dengan jual roti canai murah ini," katanya.

Sementara itu, seorang pengunjung yang ditemui, Rosdi Salleh, 31, mengakui apa yang dilakukan Maiza seharusnya dipuji kerana tidak hanya memikirkan keuntungan semata-mata, malah apa yang paling penting kualiti makanan sama seperti sebelum ini.

“Meskipun roti canai dijual dengan harga murah, tetapi dia (Maiza) tetap mengekalkan kualiti makanan dan rasa. Saya rasa dia peniaga pertama yang tampil dengan promosi hebat begini," katanya.

Justeru, Rosdi berharap langkah murni ini turut diambil peniaga lain untuk menghargai pelanggan yang memberi sokongan kepada mereka.

"Saya percaya selepas ini, biarpun promosi sudah tidak ada Awang Roti Canai akan tetap menjadi pilihan pelanggan," katanya.
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:
Advertisement




Users browsing this thread: 1 Guest(s)