Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Pengawal maut digilis treler
#1
KOTA BAHARU — Seorang pengawal keselamatan, yang baru pulang membeli ubat di sebuah farmasi, maut apabila motosikal yang ditungganginya bergesel dengan sebuah treler di Bulatan Tuan Padang di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Baharu, ACP Azham Othman berkata, dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, Adnan Awang, 59, dari Kampung Sireh, maut di tempat kejadian akibat kecederaan teruk pada kepalanya.

"Beliau gagal mengawal motosikalnya yang bergesel dengan treler menyebabkan mangsa tercampak ke bawah badan treler dan kepalanya digilis,” katanya ketika dihubungi di sini.

Azham berkata, ketika kejadian, treler itu sedang menghala ke Jalan Sultan Ibrahim manakala Adnan pula dari arah Jalan Hospital.

Sementara itu, anak bongsu mangsa, Nor Adilah Adnan, 23, berkata bapanya ke farmasi berkenaan untuk membeli ubat bagi penyakit gout dan darah tinggi.

"Selepas itu, bapa sepatutnya terus ke tempat kerja,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian. — BERNAMA
CETAK T-SHIRT, P.A SISTEM MAI PM CEK AREA NEGERI SEMBILAN


Reply
Thanks given by:
Advertisement
#2
seram betul naik moto lalu tepi treler
Reply
Thanks given by:
#3
(03-09-2012, 11:05 AM)rizal Wrote: seram betul naik moto lalu tepi treler

aa.. lepas lalu angin dia bertiup. Goyang gak moto
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:
#4
Innalillahi wainna ilaihirojiunnn...
Reply
Thanks given by:




Users browsing this thread: 1 Guest(s)