Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Chevrolet Sonic bakal dilancarkan
#1
[Image: pix_middle]

NAZA QUEST Sdn Bhd (Naza Quest), pengedar tunggal kenderaan Chevrolet di Malaysia akan memperkenalkan tiga model baru sebelum akhir tahun ini termasuk sebuah kereta sub-kompak dikenali sebagai Chevrolet Sonic yang bakal dilancarkan bulan depan.

Sumber automotif berkata, model Sonic yang dipasang di kilang General Motors (GM) di Rayong, Thailand sudah dilancarkan di negara itu bulan lalu dan mendapat sambutan berikutan reka bentuknya yang sporty, moden dan dilengkapi ciri pengendalian mantap.


Beliau berkata, Chevrolet di Thailand menawarkan dua pilihan reka bentuk iaitu lima pintu hatchback dan empat pintu sedan dengan enjin berkuasa 1.4 liter yang menawarkan kuasa serta ekonomi.

“Model lima pintu hatchback Chevrolet Sonic memiliki reka bentuk seakan-akan model popular Honda Jazz dari Jepun dengan sasaran jualan kepada generasi ‘Y’ yang bukan saja untuk pasaran Thailand tetapi turut dipasarkan di Indonesia, Malaysia dan Filipina,” katanya kepada Bisnes Metro.


Katanya, selepas melancarkan model Sonic, Naza Quest akan memperkenalkan dua lagi model baru iaitu kenderaan pelbagai guna (MPV) Chevrolet Orlando dan sebuah kenderaan utiliti sukan, Chevrolet Trailblazer yang dijangka dipasarkan November tahun ini.


Ketika ini, antara model yang diedarkan Naza Quest selepas mengambil alih selaku pengedar eksklusif jenama Chevrolet untuk negara ini pada Mac 2010 ialah model Cruze, Captiva dan terbaru model trak pikap Colorado.

Sumber berkata, kehadiran beberapa model baru tahun ini akan merancakkan jualan automotif tahun ini, sekali gus membuktikan komitmen syarikat itu untuk mengangkat kembali jenama Chevrolet di negara ini dan meletakkan jenama itu dalam kedudukan empat teratas senarai jualan kereta bukan nasional menjelang 2013.


Sementara itu, antara ciri menarik Chevrolet Sonic yang diperoleh menerusi laman web Chevrolet di Thailand bahagian dalamannya ‘trendy’ dengan rekaan papan pemuka dan panel instrumen moden, sesuai dengan cita rasa orang muda walaupun kelihatan ringkas. Model itu dipadankan enjin generasi baru GM 1.4 Liter DOHC yang mampu menghamburkan kuasa 100hp@6,000rpm dan tork 130Nm@4,000rpm, dengan ciri Double CVC (Continuously-Variable Cam-timing) untuk penghasilan kuasa serta kecekapan minyak lebih baik.

Transmisi automatik enam kelajuan untuk kenderaan sub-kompak seperti Sonic adalah sesuatu yang baru bagi GM, menjadikan Sonic model pertama di pasaran yang menawarkan pilihan itu. Varian sedan dilengkapi rim aloi 15 inci manakala varian hatchback dilengkapi rim 16 inci dengan harga jualan antara 548,000 THB (RM54,430.74) hingga 687,000 THB (RM68,237).
CETAK T-SHIRT, P.A SISTEM MAI PM CEK AREA NEGERI SEMBILAN


Reply
Thanks given by:
Advertisement




Users browsing this thread: 1 Guest(s)