Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
400 penduduk Ampang dipindah akibat banjir
#1
KUALA LUMPUR — Hampir 400 penduduk dari dua kampung di Ampang dipindahkan malam tadi apabila rumah mereka yang rata-rata terletak berhampiran sungai dinaiki air.

Banjir berikutan hujan lebat di Lembah Klang petang semalam turut menyebabkan beberapa rumah di tebing sungai kawasan itu dihanyutkan.

Dua kampung terlibat ialah Kampung Lembah Jaya Utara dan Kampung Pinggir Tiga membabitkan 150 rumah.

"Banjir besar itu adalah akibat limpahan sungai di Taman Rimba Ampang yang turut menyebabkan tebing sungai itu runtuh. Kebanyakan mangsa tinggal sehelai sepinggang,” kata Ketua Wanita Umno bahagian Ampang Dr Rozaidah Talib ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata kesemua mangsa kini di tempatkan di pusat penempatan sementara di surau Lembah Jaya Utara dan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang membuat bancian jumlah mangsa yang terlibat.

"Pihak Umno dan Barisan Nasional (BN) membuka pendaftaran untuk disalur kepada JKM. Kami juga menyediakan makanan untuk mangsa dan kami memerlukan bantuan pakaian,” katanya.

Beliau berkata sesetengah mangsa terpaksa diselamatkan menggunakan bot dalam operasi menyelamat yang melibatkan polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Sementara itu, seorang pegawai khas kepada Anggota Dewan Undangan Negeri Dusun Tua berkata kawasan Hulu Langat turut dilanda banjir yang disifatkan sebagai paling teruk.

Katanya kawasan paling teruk terjejas ialah Dusun Tua yang ditenggelami air sedalam dua meter.

"Ramai yang dipindahkan...kawasan berlaku banjir terputus hubungan...jalan tak boleh dilalui,” katanya. — BERNAMA
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:
Advertisement




Users browsing this thread: 1 Guest(s)