Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Man City Juara Perisai Komuniti
#1
Juara bertahan Liga Perdana Inggeris, Manchester City memulakan kempen musim baru dengan langkah kanan selepas menewaskan Chelsea 3-2 pada aksi sumbangsih Perisai Komuniti di Villa Park, malam tadi.

Ia merupakan kejayaan pertama City menjuarai Perisai Komuniti sejak tahun 1972.

Pada aksi malam tadi, Chelsea bagaimanapun terlebih dahulu di hadapan menerusi jaringan Fernando Torres pada minit ke-40.

Namun segalanya berubah apabila Chelsea terpaksa beraksi 10 pemain selepas Branislav Ivanovic dilayangkan kad merah akibat terjahan keras terhadap Aleksandar Kolarov pada minit ke-42.

Ia ternyata memudahkan tugas City untuk menguasai permainan sebaik babak kedua bersambung.

Hasilnya City berjaya meledak tiga gol pada awal babak kedua menerusi jaringan Yaya Toure pada minit ke-53, Carlos Tevez (59) dan Samir Nasri (65).

Chelsea merapatkan kedudukan dengan memperolehi gol kedua menerusi Ryan Bertrand pada minit ke-80, namun gagal mencari gol penyamaan sehingga wisel penamat.

Selepas aksi sumbangsih itu, saingan sebenar Liga Perdana Inggeris musim ini yang membabitkan 20 pasukan bakal bermula secara rasmi, Sabtu ini.

http://mynewshub.my/2012/08/13/man-city-...-komuniti/
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:
Advertisement




Users browsing this thread: 1 Guest(s)