Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Alamak! Musytari akan hilang dan muncul semula awal pagi 12 Ogos 2012 ni!
#1
[Image: jupiter-occult.001.jpg?1344411761]

Pada awal pagi 12 Ogos ini, rakyat Malaysia dan sekitarnya akan dapat menyaksikan sebuah fenomena langit yang jarang berlaku, iaitu planet Musytari akan ‘hilang’ buat beberapa seketika, dan ‘muncul’ kembali selepas itu!

Jika anda terlepas peluang untuk melihat kali ini, terpaksalah tunggu sehingga 3 Nov 2026 untuk melihatnya sekali lagi dari Malaysia!

Kenapa Musytari hilang?

Kehilangan buat beberapa ketika planet ini disebabkan Bulan akan bergerak di hadapannya selama beberapa ketika dan melindunginya dari pandangan mata kita. Kejadian ini boleh diibaratkan seperti mini-gerhana. Cuma kali ini pelakonnya ialah Musytari dan Bulan!

Fenomena ini saya suka panggilnya sebagai Penghijaban Planet. Asalnya dalam bahasa inggeris ialah Planetary Occultation, cuma masalahnya saya tidak jumpa istilah rasmi dalam BM.

Kali terakhir ia berlaku ialah pada 23 Feb 2009. Ketika itu, saya yang berada di Kuala Lumpur, telah menyaksikan Bulan menghijab hanya separuh sahaja daripada jasad Musytari. Bagi yang berada ke utara sikit, mereka telah menyaksikan penghijaban yang penuh.

Boleh klik LINK ini untuk perbincangan di forum FO ketika fenomena 2009 tersebut.

Foto dibawah menunjukkan keadaan penghijaban yang sedang dalam proses berlaku ketika itu.

[Image: main.php?g2_view=core.DownloadItem&g2_it...alNumber=1]

Kiraan yang saya buat menggunakan perisian Astronomy, SkySafari, menunjukkan 2 senario yang berbeza untuk bagi anda di Semenanjung dan Sabah, Sarawak.

Pantai Barat Semenanjung

Bagi anda yang berada di Pantai Barat Semenanjung Malaysia, ketika Bulan terbit di ufuk timur sekitar jam 2.30 pagi hari Ahad 12 Ogos 2012 nanti, Musytari sudah pun terlindung disebalik Bulan. Kelihatan di langit hanyalah Bulan sahaja. Namun, pada lebih kurang jam 3.05 pagi, secara tiba-tiba, akan muncul sinaran cahaya dari planet Musytari, dari bahagian Bulan yang gelap (Ketika itu, bulan berada di dalam fasa sabit tua).

Waktu di atas akan ada perbezaan sedikit, lebih kurang dalam seminit dua, di bandar-bandar berlainan.

Pantai Timur Semenanjung

Bagi anda yang berada di sekitar pantai timur pula, seperti Kelatan, Terengganu, Pahang, Johor, anda mungkin berpeluang melihat Musytari dan Bulan terbit bersama sekitar jam 2.17 pagi, dan pada jam 2.32 pagi Bulan akan mula menutupi Musytari. Ia akan muncul kembali sekitar jam 3 pagi.

Sarawak

Di Sarawak, kiraan saya ini berdasarkan lokasi di Kuching, menunjukkan Bulan akan terbit sekitar jam 1.51 pagi. Ketika itu, Musytari berada di bawah Bulan (belum lagi terhijab). Pada lebih kurang 2.16 pagi, barulah Musytari perlahan-lahan semakin hilang dari pandangan, dan ia akan muncul kembali pada jam 3.15 pagi.

Sabah

Bagi anda di Kota Kinabalu, Sabah, anda juga bernasib baik kerana dapat melihat keseluruhan fasa hilang dan munculnya Musytari ini. Bulan akan terbit pada jam 1.20 pagi, dengan keadaan Musytari berada di bawah Bulan. Kemudian planet ini akan hilang pada jam 2.20 pagi dan muncul kembali pada jam 3.20 pagi.

Harus ingat, setiap lokasi akan mengalami fenomena ini pada waktu yang sedikit berbeza. Adalah hampir mustahil untuk saya senaraikan setiap lokasi di Malaysia. Saya sarankan gunalah perisian seperti Stellarium untuk kenalpasti waktu yang tepat untuk kawasan anda.

Bagaimana cara melihatnya?

Disebabkan Musytari dan Bulan amat terang, ia boleh dilihat dengan MATA, tanpa sebarang masalah.

Jika anda ingin mengambil foto, saya sarankan guna DSLR yang lens-nya 300mm ke atas, agak bentuk Bulan lebih besar dan lebih jelas keadaannnya apabila Musytari hilang dan ketika ia muncul.

Sebagai contoh, foto di atas saya ambil guna lens Tamron 300mm je.

Simulasi

Saya turut sediakan video simulasi bagi bandar-bandar utama Malaysia, yang menunjukkan keadaan fenomena ini apabila dilihat menerusi teleskop berkuasa agak tinggi. Simulasi video ini telah dipercepatkan dengan sela masa 1 minit. Ia akan tumpu kepada lokasi Kuala Lumpur, Kota Bharu, Johor Bharu, Kuching dan Kota Kinabalu.

http://www.falak-online.net/portalfalak/...os-2012-ni
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:
Advertisement
#2
kena tunggu nih
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:




Users browsing this thread: 1 Guest(s)