Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Ditipu rakan RM180,000
#1
KUALA LUMPUR: “Rakan itu beritahu dia boleh bantu dapatkan rumah bernilai RM1 juta dengan harga RM200,000. Percaya kata-katanya, saya membayar pendahuluan secara berperingkat sebanyak RM180,000 untuk membeli 23 rumah.

“Kini, tujuh tahun sudah berlalu, namun sebuah rumah pun saya belum dapat dan dia (rakan) sudah melarikan diri,” kata peniaga nasi lemak, Asnina Amat, 41 yang kerugian RM180,000 selepas diperdaya rakan sendiri konon mahu menjual rumah dengan harga murah.


Asnina berkata, rumah yang dijanjikan untuk dijual dengan harga murah termasuk jenis banglo, teres setingkat, berkembar, kondominium dan apartmen Bandar Mahkota Cheras, Wangsa Maju, Jalan U-tan, Ampang, Shah Alam dan Ara Damansara.

Menurutnya, kejadian itu bermula pada 2006 selepas dia didatangi wanita berusia 47 tahun ke gerainya di Bandar Mahkota Cheras.


“Boleh dikatakan setiap hari wanita itu datang ke gerai saya untuk membeli nasi lemak menyebabkan hubungan kami menjadi rapat dan lebih sebagai kawan,” katanya.


Asnina berkata, pada awal 2007, dia mengunjungi rumah wanita itu di Seksyen 7, Bandar Mahkota Cheras dan terpegun melihat rumah teres dua tingkat miliknya yang cantik.


“Selepas bertanya mengenai harga rumah, wanita itu kata dia membelinya cuma dengan harga RM45,000 sedangkan harga sebenar adalah RM250,000. Terkejut mendengarnya, saya bertanya bagaimana dia boleh membeli rumah itu dengan harga murah,” katanya.


Menurutnya, wanita itu mendakwa dia anak saudara bekas Menteri Besar yang pernah bekerja sebagai setiausaha syarikat pemaju perumahan serta ada ‘orang dalam’ di Bank Negara.

“Kerana terlalu percayakan wanita itu, saya bersetuju membeli banglo yang ditawar berhampiran rumahnya berharga RM200,000. Ketika itu, bayaran pendahuluan RM6,000 dikenakan tidak termasuk beberapa bayaran lain.


Asnina berkata, perancangan awal dibuatnya adalah selepas banglo diperoleh, dia mahu menjual rumah itu untuk mengaut untung sebelum membeli rumah lain.


“Namun, setahun demi setahun rumah dijanjikan tidak diperoleh tetapi setiap bulan bayaran tetap diminta sehinggalah bilangan rumah dijanjikan adalah 23 semuanya,” katanya.


Kata Asnina, sekitar 2007 sehingga tahun lalu, dia diminta memasukkan wang ke akaun wanita itu, alasan diberikan adalah membiayai wang peguam, penyelenggaraan, geran, bayaran pegawai Bank Negara, bayaran kunci, tukar nama dan hak milik, bayaran pejabat serta bayaran orang dalam.


“Sepanjang tempoh itu saya memasukkan wang berperingkat-peringkat yang keseluruhannya berjumlah RM180,000, ” katanya.


Menurut Asnina, kali terakhir dia membuat pembayaran Disember tahun lalu sejurus memasukkan RM4,800 dan rakannya berjanji mendapatkan sebuah rumah daripada 23 yang diuruskan.


“Namun, wanita itu menghilangkan diri dan saya tertipu dengan kata manisnya. Saya kecewa kerana wang RM180,000 itu adalah hasil jualan nasi lemak selama 10 tahun,” katanya yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polsi Daerah Kajang pada 10 Julai lalu.
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:
Advertisement




Users browsing this thread: 1 Guest(s)