Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Intan Ladyana selesa berambut pendek
#1
RAMBUT mayang mengurainya sudah begitu sinonim dengan penampilan dirinya yang anggun. Khalayak sudah biasa melihat Intan Ladyana berambut panjang, namun aktres cantik itu terpaksa mengorbankan apa yang menjadi aset penampilannya selama ini.

Bagi memenuhi keperluan filem lakonannya yang baru sahaja tamat penggambaran, Dampak, Intan terpaksa memotong rambutnya menjadi pendek.

Bakal muncul dengan filem Halim Munan yang bakal ditayangkan pada 13 September ini, dia tetap gembira apabila menerima respons baik terhadap imej terkininya itu.

“Memang sayang nak potong rambut, tetapi dalam filem Dampak, saya memegang watak Qyra. Dia harus mempunyai kelainan berbanding adik-beradik yang lain, jadi caranya adalah dengan memotong rambut,” jelasnya yang kali terakhir berambut pendek ketika menuntut di tingkatan tiga pada zaman persekolahannya dahulu.

Ujar pelakon filem Bini-Biniku Gangster itu lagi, dia pada awalnya agak gelisah untuk memotong rambutnya itu kerana sudah terlalu lama dengan imej berambut panjang. Selain itu, Intan juga mengakui bimbang dengan imej berambut pendek akan menyebabkan mukanya kelihatan lebih berisi.

“Saya takut muka nampak gemuk, tetapi syukur, semua orang cakap nampak elok. Lagipun bagus juga tukar imej macam ini, ada juga kelainan,” jelasnya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama pelakon Halim Munan di Restoran Andalus di Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jelasnya lagi, dengan imej tersebut, dia kini tidak perlu mengambil masa yang lama untuk bersiap sebelum keluar rumah kerana tidak sukar untuk menjaga rambut pendek.

“Kepala juga terasa ringan dan tidak perlu ambil masa lama untuk urus rambut sikit macam ini,” kata kekasih kepada pelakon Kamal Adli itu.

Sementara itu, Intan yang pernah tercalon sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi filem Bini-Biniku Gangster pada Festival Filem Malaysia ke-24, berharap filem Halim Munan bakal meraih sambutan daripada para peminatnya.

Intan melakonkan watak utama sebagai Suriyat iaitu seorang gadis yang menjadi idaman pemuda di kampung, termasuk Fizo Omar yang memegang watak utama Halim Munan.

“Walaupun penampilan saya dalam filem ini tidak banyak, tetapi ia merupakan filem yang harus ditonton kerana banyak menggunakan teknik janaan imej perkomputeran (CGI) yang tidak digunakan dalam filem lain setakat ini,” jelasnya yang sudah berlakon dalam lima buah filem sepanjang tahun ini.

Dalam perkembangan lain, Intan bakal muncul di layar kaca menerusi drama bersiri Bini-Biniku Perkasa di TV3 yang juga merupakan adaptasi daripada filem Bini-Biniku Gangster.

Pelakon yang lebih selesa tidak terpalit dengan kontroversi ini juga berharap karier seninya akan terus berkembang tanpa sebarang kisah kurang manis.

“Saya rela tiada cerita langsung di media berbanding heboh dengan cerita kontroversi,” jelasnya.

Bercerita mengenai sambutan Aidilfitri nanti, kata Intan, setiap tahun dia memang mengamalkan kesederhanaan dan tidak membeli baju baharu untuk menyambut Aidilfitri.

“Biasanya setiap hari raya, saya dan keluarga akan pulang ke Bangkok, Thailand. Namun, tahun ini kami beraya di Kuala Lumpur sahaja. Kalau beraya di Bangkok, saya tidak perlu pakai baju kurung, jadi sebab sudah biasa tidak beli baju baharu, tahun ini saya pakai baju biasa sahaja,” kata Intan yang berdarah kacukan Thailand sebelah ibunya, Wan Zurina Wan Esa.
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:
Advertisement




Users browsing this thread: 1 Guest(s)