Portalkini
Hello There, Guest! Register

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Ingin cantik alat sulit melecur
#1
Kuala Lumpur: Keghairahan seorang wanita menjaga kecantikan dalaman, membawa padah apabila alat sulitnya melecur tahap dua selepas menjalani terapi di sebuah pusat rawatan kecantikan.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Miss Lee, dikatakan terpengaruh dengan iklan membuang bulu roma menggunakan teknologi nano ditawarkan pusat kecantikan terkenal di ibu negara itu menerusi sebuah akhbar tempatan.

Bercakap pada sidang media di pejabat Biro Aduan Awam MCA, di sini semalam, wanita terbabit yang belum berkahwin dan bekerja sendiri, berkata dia mendaftar untuk menjalani terapi `Nano Light Hair Removal bagi tempoh dua tahun dengan kos RM3,500, Januari lalu.

Rasa sakit luar biasa

Saya menjalani enam sesi terapi dilakukan seorang ahli terapi sama, memang sakit tetapi tidak keterlaluan. Namun sesi 22 Julai lalu dikendalikan seorang ahli terapi lain dan sebaik bermula, kulit pada alat sulit saya mula rasa seperti terbakar dan sakitnya amat luar biasa.

Saya memberitahu ahli terapi berkenaan, namun wanita itu memaklumkan ia perkara biasa dan terus menjalankan terapi selama 20 minit. Selesai sesi itu, alat sulit saya semakin sakit dan ada kesan lecur pada kulit, lalu terus ke sebuah pusat perubatan untuk rawatan.
[Image: tR3hR.jpg]
Reply
Thanks given by:
Advertisement




Users browsing this thread: 1 Guest(s)