Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Honda Malaysia perkenal Jazz S
#1
[Image: image.jpg]

KUALA LUMPUR - Honda Malaysia Sdn Bhd hari ini memperkenalkan variasi Honda Jazz S kepada rakyat Malaysia, sambil mengekalkan ciri-ciri penting kereta kompak hatchback lima pintu yang popular.

"Kami percaya Jazz S akan menarik ahli profesional muda yang berminat dengan kenderaan kompak bagi mengisi gaya hidup dan cara pamanduan mereka.

"Ia juga menyasarkan keluarga muda di bandar yang mahukan ruang dalam yang luas bagi keperluan gaya hidup seharian masing-masing," kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Yoichiro Ueno dalam satu kenyataan hari ini.

Kereta Jazz S itu dikuasakan oleh enjin i-VTEC 1.5 liter, yang merupakan teknologi Honda.

Jazz S didatangkan dengan warna mutiara putih yang cerah dan metalik logam dan kristal mutiara hitam.

Honda menyasarkan untuk meningkatkan jualan kepada 210 unit menjelang akhir tahun. Kereta itu berharga atas jalan RM99,800.

Para pelanggan boleh menguji pandu dan membuat tempahan Jazz S di mana-mana peniaga Honda yang dibenarkan di seluruh negara.- Bernama
[Image: banner468x60.jpg]
Reply
Thanks given by:
Advertisement




Users browsing this thread: 1 Guest(s)