Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Bertenggek bawa motosikal
#1
[Image: image.jpg]

KANGAR - Kehadiran seorang insan istimewa dari golongan orang kelainan upaya (OKU) menarik perhatian orang ramai apabila datang dengan hanya 'bertenggek' di tepi sebelah kiri motosikalnya sambil kedua belah tangannya memegang hendal untuk mendaftar bagi menerima bantuan Kerajaan Negeri.

Walaupun kedua belah kaki, Sokri Saad, 33, dari Kampung Hutan Melintang, Kayang, di sini, kudung sehingga paras lutut, dia tidak mahu ketinggalan menerima bantuan seperti orang lain.

Dia antara 2,084 penerima bantuan sempena Ramadan kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kayang di Masjid Kampong Behor Temak, di sini, semalam.

Exco Kerajaan Negeri Perlis, Ahmad Bakri Ali, berkata, kerajaan memperuntukkan RM312,600 kepada 1,084 penerima terdiri daripada ibu tunggal, warga emas dan OKU, di mana setiap seorang menerima RM150.

Beliau berkata, bilangan penerima bantuan Ramadan tahun ini juga bertambah, bagaimanapun kerajaan yang prihatin dengan masalah kemiskinan rakyat tetap meneruskan program bantuan Ramadan kepada golongan yang memerlukan.

“Kita perlu berusaha untuk membawa keluarga masing-masing keluar dari kepompong kemiskinan bagi mengatasi masalah ini,” katanya.

Menurutnya, terdapat juga beberapa permohonan bantuan yang terpaksa ditolak kerana memegang kad pengenalan merah serta masalah teknikal lain, bagaimanapun meminta mereka bersabar kerana usaha akan dilakukan bagi mengatasi masalah itu.

“Saya berharap penerima dapat membelanjakan wang yang diperolehi sebaik-baiknya. Jangan bila dapat duit nanti beli bunga api atau mercun untuk anak-anak,” kata Ahmad Bakri, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Kayang.
[Image: tR3hR.jpg]
Reply
Thanks given by:
Advertisement




Users browsing this thread: 1 Guest(s)