Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Saman jika tak kibar bendera
#1
KUANTAN - Pihak berkuasa tempatan (PBT) disaran supaya mengambil tindakan tegas, termasuk menyaman peniaga yang tidak mengibarkan Jalur Gemilang.

Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail berkata, setiap premis perlu diwajibkan mengibarkan Jalur Gemilang kerana dengan kemerdekaan negara selama ini, mereka boleh mencari rezeki.

Menurutnya, sudah tiba masanya rakyat negara ini mengukuhkan semangat patriotik mereka setelah mengecap keamanan dan keharmonian sejak lima dekad lalu.

“Keuntungan yang mereka (peniaga) dapat selama ini disebabkan oleh keamanan negara kita. Bayangkan kehidupan peniaga sebelum merdeka, mereka hidup dengan penuh kesusahan, begitu juga dengan penduduk pada waktu itu.

“Sukar untuk mengembangkan perniagaan tak kala negara sedang dijajah, Namun selepas negara merdeka, peniaga ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Banyak rezeki yang mereka peroleh hingga ke hari ini,” katanya.

Beliau ditemui media ketika merasmikan program Moh Sahur dan pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Daerah Kuantan 2012, di pekarangan Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Bukit Goh, semalam.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Lembing, Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah; Adun Lepar, Mohd Shohaimi Mohd Jusoh; Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Pahang, Fairojibanu Zainal Abidin; Pegawai Perpaduan Daerah,
Wan Shazatul Aifa Wan Mohd Faisal dan Pengerusi KRT Bukit Goh, Mat Zahari Deraman.

Abdul Manan berkata, dengan hanya RM10, peniaga boleh mengibarkan Jalur Gemilang di premis mereka sebagai tanda terima kasih dan bersyukur di atas kemerdekaan yang dikecap selama ini.

“Lihat sahaja di negara yang bergolak di luar sana, rakyatnya masih lagi bersemangat mengibarkan bendera negara mereka semata-mata untuk menuntut keamanan.

"Tetapi di negara kita, kemerdekaan sudah dikecap lebih 50 tahun dan kini masanya untuk kita terus mengekalkan kemerdekaan ini,” katanya.
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:
Advertisement




Users browsing this thread: 1 Guest(s)