Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Chong Wei Pamer Semangat, Komitmen Yang Tinggi - Najib
#1
BACHOK, 5 Ogos (Bernama) -- Meskipun tewas, jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei mempamerkan semangat dan komitmen yang tinggi untuk memenangi perlawanan akhir acara badminton perseorangan lelaki Olimpik London 2012, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata rakyat Malaysia patut berbangga dengan usaha dan corak permainan yang dipamerkan Chong Wei ketika menentang pemain China, Lin Dan.

"(Kekalahan itu) memang bermaruah kerana beliau (Chong Wei) tidak menyerah kalah dengan mudah, beliau telah berjuang habis-habisan.

"Meskipun beliau tidak berjaya sebab permainan Lin Dan terlalu agresif tetapi ia telah menaikkan imej negara kita," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Isyak dan Tarawih di Masjid Naim, Jelawat di sini malam Ahad.

Najib diminta mengulas kekalahan Chong Wei kepada Lin Dan dengan 21-15, 10-21, 19-21 pada perlawanan perseorangan akhir lelaki.

Selepas solat Maghrib di Masjid Kampung Badak, Najib menonton siaran langsung perlawanan antara Chong Wei dan Lin Dan di kediaman Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Perdana Menteri berkata Chong Wei hanya tewas tipis dengan ketinggalan hanya dua mata pada set ketiga.

Mengenai habuan untuk Chong Wei, Najib berkata beliau akan menentukan apa yang sepatutnya diberikan kepada jaguh badminton negara itu.

Sementara itu, selepas solat Tarawih, Najib beramah mesra dengan jemaah masjid berkenaan, yang dirasmikan Allahyarham bapanya, Tun Abdul Razak Hussein pada 1975.

Turut hadir Mustapa dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Najib, yang dalam lawatan kerja sehari ke Kelantan, kemudian bertolak ke Yayasan Kemiskinan Kelantan di Padang Kala, Kota Baharu, untuk bersama penduduk Parlimen Ketereh.

-- BERNAMA
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:
Advertisement
#2
tahniah dato lee.. Game yg baik tu
[Image: tR3hR.jpg]
Reply
Thanks given by:




Users browsing this thread: 1 Guest(s)