Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Kekayaan Negara Perlu Diagih Secara Adil Kepada Rakyat - PM
#1
PEKAN, 4 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kekayaan negara perlu diagihkan secara seimbang dalam mewujudkan masyarakat yang adil dan saksama.

Menerusi pemberian zakat misalnya, ia mampu membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk bersama-sama menikmati hidup yang lebih baik.

"Justeru, kita dapat mengelak wujudnya jurang sosial yang besar, yang kaya terus kaya dan yang miskin terus miskin.

"Jangan kaitkan Islam dengan miskin...Allah suka dan akan memberi ganjaran kepada mereka yang berjaya, yang indah dan yang suka memberi (sedekah dan amal jariah)," katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis penyampaian sumbangan zakat 2012 di Dewan Konvensyen Pekan di sini, hari ini.

Antara penyumbang zakat ialah Bank Islam, Uda Holdings Berhad, Tabung Haji, Amanah Raya Berhad, Yayasan Basmi Kemiskinan dan Affin Islamic Bank Berhad.

Najib yang juga Anggota Parlimen Pekan berkata agama Islam juga sentiasa mengajar umatnya untuk mengejar kejayaan, menambah rezeki, berusaha gigih, mencipta peluang, memburu kecemerlangan dan menambah kekayaan.

"Ini adalah sebahagian pengajaran Islam yang lengkap. Sesiapa yang berjaya dan guna kekayaan untuk jalan Allah...maka akan mendapat ganjaran daripadaNya," katanya.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Pada majlis berasingan selepas itu Perdana Menteri turut mengagih-agihkan sumbangan 5,000 keping murtabak kepada orang ramai di perkarangan dewan Majlis Daerah Pekan.
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:
Advertisement




Users browsing this thread: 1 Guest(s)