Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Chong Wei lolos
#1
JAGUH negara, Datuk Lee Chong Wei terus menyalakan harapan 27 juta rakyat Malaysia bagi memenangi pingat emas pada Sukan Olimpik 2012 di London.

Semalam, Chong Wei mengesahkan slot ke peringkat suku akhir acara badminton perseorangan lelaki selepas menewaskan Simon Santoso dari Indonesia 21-12, 21-8 pada aksi kalah mati di Arena Wembley.

Meskipun baru sahaja pulih daripada kecederaan buku lali yang dialaminya pada Mei lalu, Chong Wei tidak menampakkan sebarang tanda-tanda kesakitan sepanjang 36 minit perlawanan berlangsung.

Pada peringkat suku akhir, Chong Wei akan berdepan pemain India, Kashyap Parupalli yang menundukkan Niluka Karunatne dari Sri Lanka 21-14, 15-21, 21-9.

Terdahulu, bintang sensasi China, Lin Dan turut mara ke peringkat suku akhir apabila mencatatkan kemenangan ke atas juara Olimpik 2004, Taufik Hidayat dari Indonesia 21-9, 21-12.

Lin Dan yang meraih pingat emas pada Olimpik 2008

di Beijing, China kini diiletakkan sebagai pemain pilihan kedua

di London.

Di Pusat Akuatik, gandingan penerjun negara, Bryan Nickson Lomas-Huang Qiang sekadar menamatkan saingan di tangga tercorot dalam acara 3 meter papan anjal seirama lelaki apabila mengumpul 405.09 mata.

Pingat emas acara itu dimenangi oleh pasangan China, Qin Kai-Luo Yutong yang merekodkan keseluruhan 477.00 mata.

Gandingan Rusia, Ilya Zakharov-Evgeny Kuznetsov meraih pingat perak dengan catatan 459.63 mata manakala pasanngan Amerika Syarikat, Kristian Ipsen-Troy Dumais pula memenangi gangsa (446.70 mata).
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:
Advertisement




Users browsing this thread: 1 Guest(s)