Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Shaheizy Sam Menolak Dakwaan Bercinta Dengan Nora Danish
#1
Aktor terkenal Shaheizy Sam, 30 atau lebih mesra dipanggil Sam mengatakan bahawa gosip cinta yang timbul antara dia dan Nora Danish dalam sebuah akhbar mingguan pada Ahad lalu sama sekali tidak benar dan mengarut.

Menurut Sam, “Saya terkejut sebenarnya kerana baru dimaklumkan oleh mummy (ibu) mengenai gosip itu ketika kami bersahur pada pagi ini,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada hari Isnin semalam.

Menurut laporan akhbar mingguan tersebut, dia dan Nora dikatakan mula bercinta ketika mereka digandingkan dalam sebuah penggambaran filem terbaru berjudul “2 Kalimah” arahan Eyra Rahman, baru-baru ini.

Apabila ditanya adakah gosip ini timbul bagi tujuan gimik promosi filem berkenaan, Sam menyatakan dia tidak pasti dengan hal tersebut. Menurutnya lagi, dia dan Nora hanya bertemu di set penggambaran sahaja dan sama sekali tidak berhubung selepas tamat penggambaran. Itu membuatkan beliau pelik bagaimana gosip ini boleh timbul.

Mengenai perkembangan terbaru, aktor yang bakal muncul dengan filem SAM pada 19 Ogos depan berkata, dia hanya mahu berehat di samping keluarga sepanjang Ramadan ini.
CETAK T-SHIRT, P.A SISTEM MAI PM CEK AREA NEGERI SEMBILAN


Reply
Thanks given by:
Advertisement




Users browsing this thread: 1 Guest(s)