Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
“Artis Bebas Berpolitik Tapi Perlu Neutral” – Zed Zaidi
#1
[Image: Artis-Bebas-Berpolitik-Tapi-Perlu-Neutral.png]

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi menegaskan meskipun dengan menyertai parti politik merupakan hak setiap individu, penggiat seni tidak sepatutnya mencampur aduk antara politik dan bidang seni demi kepentingan masing-masing, dan tidak ambil kesempatan keatas itu.

“Jika artis mahu menyertai mana-mana parti politik, itu terpulang kepada mereka.

“Perjuangan politik negara dan perjuangan seni tanah air adalah sesuatu yang amat berbeza dan tidak boleh dicampur aduk. Jangan melibatkan kepentingan peribadi apabila menyertai parti politik,” kata Zed Zaidi.

Tambah beliau, golongan artis perlu mengambil sikap neutral kerana perjuangan mereka adalah semata-mata untuk kesemua ahli persatuan tanpa mengira fahaman politik.

“Jika mana-mana artis mahu sertai parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang, itu tidak menjadi satu masalah.

“Terpulang kepada prinsip dan ideologi masing-masing,” kata beliau mengulas perkembangan artis menyertai parti-parti politik, kedua-dua komponen Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat (PR).

Beliau juga berkata, tidak mengira fahaman politik, apa yang penting ialah penggiat seni tanah air perlu sama-sama membantu dan bekerjasama dalam pembangunan industri dan perjuangan seni harus diteruskan.

“Negara kita ada undang-undang. Jadi masuklah mana-mana parti politik sekali pun, asalkan tidak menghina agama, menyentuh sensitiviti kaum atau mengutuk pemerintah kita, mereka masih boleh kekal berpolitik,” tegasnya.

Beliau menambah, golongan artis tidak sewenang-wenangnya memberi persepsi negatif jika mereka menyertai parti pembangkang, produk mereka akan diharamkan untuk disiarkan dalam media kerana Seniman akan terus berusaha membela nasib artis.

“Janganlah apabila masuk saja parti pembangkang, terus saja cakap lepas ni tidak boleh masuk media arus perdana lagi. Jika betul perkara ini berlaku, beritahu kami, saya sendiri akan siasat mengenai perkara ini,” Zed Zaidi.
Reply
Thanks given by:
Advertisement




Users browsing this thread: 1 Guest(s)