Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Apex penjaga gol termahal negara
#1
KOTA BHARU – Dengan pendapatan selaku duta dan pemain bola sepak mencecah ratusan ribu ringgit, penjaga gol utama Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat kini dipercayai menjadi penjaga gol termahal negara ketika ini.

Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa mengakui pendapatan di luar padang penjaga gol berusia 23 tahun itu sudah mencecah ratusan ribu ringgit malah lebih banyak daripada gaji yang terima beliau bermain dengan Kelantan.

“Kafa menaikkan sejumlah gaji yang cukup lumayan sebaik sahaja Apex menandatangani kontrak baru-baru ini. Saya percaya, beliau merupakan penjaga gol termahal ketika ini.,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

“Kita menawarkan kontrak selama tiga tahun dan Apex bersetuju untuk terus bermain dengan Kelantan. Memang banyak negeri sebelum ini ada menawarkan peluang bermain kepada beliau. Tetapi beliau mengambil pendekatan duduk berbincang dengan saya mengenai masa depannya bersama Kelantan.

“Saya bangga dengan sikap beliau, tidak tergopoh-gapah di dalam membuat sesuatu keputusan. Apex merupakan produk Kelantan dan sudah pasti kita mahu bentuk personaliti beliau bukan setakat di dalam tetapi juga di luar padang,” katanya.

Tiga hari lalu, penjaga gol utama kebangsaan yang dikenali panggilan Apex memeterai perjanjian untuk kekal beraksi bersama Kelantan bagi tempoh tiga tahun sekali gus menamatkan spekulasi mengenai penghijrahan beliau sebelum ini.

Mengulas mengenai desas-desus penghijrahan beberapa pemain Kelantan yang bertiup kencang ketika ini, Annuar memberi kebebasan sepenuhnya kepada pemain The Red Warriors dalam menentukan hala tuju mereka bersama pasukan tersebut pada musim depan.

“Pemain beritahu saya, banyak negeri menemui mereka secara terus (menawarkan kontrak). Saya tidak halang dan beri kebebasan kalau ada mana-mana pemain yang mahu bermain dengan pasukan lain.

“Tetapi setakat yang saya tahu, tidak ada seorang pemain pun yang mahu berhijrah. Mereka mahu kekal di sini dan minta gaji dinaikkan. Kita tidak ada masalah dan bersedia memenuhi permintaan tersebut.

“Malah ada tujuh pemain menerima kenaikan gaji terus biarpun Liga Malaysia musim ini belum tamat. Mereka tandatangan (sambung kontrak) bulan lalu, kita terus naikkan gaji tanpa tunggu bulan November.

Dalam perkembangan sama, Annuar turut membayangkan kesediaannya melepaskan beberapa pemain yang gagal mendapat tempat dalam skuad The Red Warriors musim ini sebagai galakkan mereka meneruskan kerjaya masing-masing bersama pasukan lain.

[Image: image.jpg]
CETAK T-SHIRT, P.A SISTEM MAI PM CEK AREA NEGERI SEMBILAN


Reply
Thanks given by:
Advertisement
#2
masa rehat malaysia lawan arsenal.. apex di interview oleh astro.. cakap mat salleh tu.. haha hebat gak apek ni .. hehe
Reply
Thanks given by:
#3
(07-26-2012, 03:36 AM)MyForex Wrote: masa rehat malaysia lawan arsenal.. apex di interview oleh astro.. cakap mat salleh tu.. haha hebat gak apek ni .. hehe

apex ni time friendly besar2 mesti dia tak join. asal ek
CETAK T-SHIRT, P.A SISTEM MAI PM CEK AREA NEGERI SEMBILAN


Reply
Thanks given by:
#4
(07-26-2012, 03:39 AM)Wonderweiss Wrote: apex ni time friendly besar2 mesti dia tak join. asal ek

kalau nak ikutkan sekarang dia cedera.. ketika team diorang lawan qpr haritu pun dia tak main..
Reply
Thanks given by:
#5
tahniah apex.. kaya2 Winking
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:
#6
farizal marlias pun ok gak ape....syok woo tengok die banyak save mase lawan arsenal
Reply
Thanks given by:
Advertisement
#7
aritu game Malaysia lwn Arsenal, keeper no 2 tu boleh tahann juga tuh...tp dh lupa nama dia...Farizal Marlias kot...
Reply
Thanks given by:
#8
aa. aritu farizal.. Senin ni tak tau sapa lak rajagopal letak
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:
#9
apex terbaik,farizal marlias pon steady,kalo sarbinee alawee x confident aku tgk game malaysia,huhu
Reply
Thanks given by:
#10
(07-28-2012, 01:58 AM)JohnDoe Wrote: apex terbaik,farizal marlias pon steady,kalo sarbinee alawee x confident aku tgk game malaysia,huhu

saspen penonoton kalau sarbini jadi keeper
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:




Users browsing this thread: 1 Guest(s)