Portalkini - Bukan sekadar portal
Hello There, Guest! Register

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Ismail Sabri: Jangan salahkan kami harga makanan naik
#1
PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak boleh dipersalahkan dalam masalah kenaikan harga barangan makanan yang dimasak, kata Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, ini kerana kementeriannya tidak mempunyai kuasa untuk mengambil sebarang tindakan terhadap peniaga yang menjual barangan makanan dengan harga yang tinggi.

"Kementeriannya hanya sekadar boleh memberikan nasihat kepada peniaga.

Terpulang kepada kebijaksanaan pengguna untuk membuat pilihan bijak," katanya kepada pemberita selepas melawat bazar Ramadan di Presint 2 di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar hari ini, mengenai terdapat hotel yang mengenakan harga yang mahal dalam buffet Ramadan mereka.

Bagaimanapun katanya, kementerian sentiasa memantau bagi memastikan semua peniaga di bazar Ramadan meletakkan tanda harga.

"Jadi dengan ada tanda harga pengguna boleh membuat pilihan sama ada untuk membeli makanan yang harga murah atau sebaliknya," katanya.

Ismail Sabri berkata, tetapi setakat pemantauan yang dibuat di bazar Ramadan tersebut harga adalah memuaskan dan masih sama dengan tahun lepas. - Bernama
[Image: banner468x60.jpg]
Reply
Thanks given by:
Advertisement




Users browsing this thread: 1 Guest(s)