Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Welcome, Guest
You have to register before you can post on our site.

Username
  

Password
  





Search Forums

(Advanced Search)

Online Users
There are currently 37 online users.
» 2 Member(s) | 35 Guest(s)
arianfx, pinkiey2018

Latest Threads
FirewoodFX - Fastest Grow...
Forum: Forex Brokers
Last Post: arianfx
7 minutes ago
» Replies: 1,048
» Views: 32,661
FXOptimax - Free 10 usd B...
Forum: Forex Brokers
Last Post: MagnaFx
25 minutes ago
» Replies: 605
» Views: 26,573
Niagara falls
Forum: Travel And Tours
Last Post: Albert john
3 hours ago
» Replies: 0
» Views: 3
FXTM ( ForexTime ) - www....
Forum: Forex Brokers
Last Post: FXTM ForexTime
3 hours ago
» Replies: 166
» Views: 13,102
The niagara falls boat to...
Forum: Travel And Tours
Last Post: Albert john
3 hours ago
» Replies: 0
» Views: 3
FBS - https://fbsmy.com/
Forum: Forex Brokers
Last Post: syazam06
4 hours ago
» Replies: 1,107
» Views: 58,458
FirewoodFX - Daily Market...
Forum: Forex News
Last Post: arianfx
4 hours ago
» Replies: 252
» Views: 13,930

 
  Israel akan serang Syria
Posted by: MyForex - 07-26-2012, 06:24 AM - Forum: Current Issues And Global News - Replies (3)

[Image: du_01.1.jpg]

BAITULMUQADDIS - Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman menegaskan, negaranya akan bertindak dengan segera jika para pejuang Hezbollah Lebanon menyerbu tempat simpanan senjata kimia dan biologi milik Syria.

Beliau membuat kenyataan itu di Radio Israel semalam.

Beberapa pemimpin Israel sebelum ini menyatakan bahawa ia akan melakukan serangan di tempat simpanan senjata Syria bagi menghalang senjata kimia dan biologi jatuh ke tangan para pejuang Hezbollah.

Para pemimpin Israel bimbang jika rejim Presiden Bashar Al-Assad tumbang, senjata itu akan diperoleh para pejuang Hezbollah dari Lebanon.

Sementara itu, Turki menutup laluan komersial di sempadan Syria.

Bagaimanapun, pihak berkuasa negara itu memberitahu Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai pelarian bahawa sempadannya itu masih dibuka untuk para pelarian dari Syria.

Sementara itu, keganasan di bandar raya kedua Syria, Aleppo, memuncak kelmarin ekoran pertempuran tentera pemerintah dengan kumpulan pemberontak, kata pertubuhan Pemantau Syria Untuk Hak Asasi Manusia.

Badan pemantau yang beribu pejabat di Britain itu melaporkan pertempuran berlaku di daerah Bustan Al-Qasr, selatan Aleppo dengan tentera Bashar menggunakan beberapa helikopter tempur di kawasan penempatan penduduk.

Kebangkitan penduduk di Syria bermula pada Mac lalu apabila kumpulan pemberontak menentang tentera Bashar.

Kumpulan pemberontak itu menuntut Bashar meletakkan jawatan ekoran kabangkitan rakyat berlaku di Tunisia dan Mesir.

Tentera Pembebasan Syria yang turut mewakili pemberontak turut terlibat dalam serangan menentang tentera Bashar.

Setakat ini lebih 20,000 orang telah terbunuh dalam pertempuran antara kumpulan pemberontak itu dengan tentera Bashar.

- Agensi


biol agaknya zionis ni.dia pun tak ada negara ada hati nak serang negara orang..:-/

Print this item

  Polis dedah modus operandi tipu bank
Posted by: MyForex - 07-26-2012, 06:23 AM - Forum: Current Issues And Global News - No Replies

[Image: je_01.1.jpg]BENTUK tembaga bersadur emas tulen yang dicagarkan ke sistem pajak gadai Islam, Ar-Rahnu.

KUALA LUMPUR 25 Julai - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan modus operandi dalam kes sebuah bank tempatan ditipu RM75 juta baru-baru ini, adalah dengan menyadur kepingan tembaga menggunakan emas tulen.

Disebabkan itu, pihak bank gagal mengesan ketulenan emas berkenaan ketika membuat tapisan pertama melalui timbangan menyebabkan pinjaman diluluskan.

Lebih licik, sindiket itu mempergunakan penduduk kampung dengan menawarkan upah RM300 hingga RM800 seorang bagi mencagarkan emas palsu tersebut ke sistem pajak gadai Islam, Ar-Rahnu.

Sejurus pinjaman diluluskan dan pembayaran dibuat, wang tersebut akan diserahkan kepada sindiket dan wang upah akan diberikan kepada penduduk kampung tersebut.

Print this item

  Bonus kakitangan awam
Posted by: MyForex - 07-26-2012, 06:21 AM - Forum: Current Issues And Global News - No Replies

[Image: dn_01.1.jpg]
NAJIB Tun Razak beramah mesra bersama pelajar Ma'ahad Tahfiz Akademi Iqro' Al-Quran, Bandar Baru Ampang pada Majlis Iftar Perdana Menteri Bersama Rakyat Selangor sempena Ramadan di Taman Nirwana, Ampang, Selangor, semalam. Turut sama Penyelaras Parlimen Ampang, Datuk Ismail Kijo (kiri). - UTUSAN/ABDUL RAZAK LATIF


KUALA LUMPUR 25 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan di sini.

Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.

Beliau berkata bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion.

Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas itu merupakan penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan.

"Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan para pesara kerajaan," katanya.

Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Najib berkata pembayaran bonus kepada penjawat awam itu bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara.

Sementara itu Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) hari ini menghargai usaha dan keprihatinan Perdana Menteri yang telah mengumumkan bonus dan bayaran khas kepada penjawat awam dan pesara kerajaan.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pemberian berkenaan dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dalam menghadapi musim perayaan akan datang.

"Saya amat berterima kasih kepada Datuk Seri Najib Tun Razak di atas pengumuman tersebut dan berharap setiap penerima menggunakan wang berkenaan secara bijak.

"Pemberian bonus ini menjadi suntikan semangat kepada setiap penjawat awam agar menjalankan tugas dengan lebih komited manakala bagi pesara pula terus menyokong program pembangunan negara,'' katanya ketika dihubungi di sini. - BERNAMA

Print this item

  100 rakyat Thailand dihukum penjara di Myanmar
Posted by: MyForex - 07-26-2012, 06:19 AM - Forum: Current Issues And Global News - Replies (1)

YANGON 26 Julai - Kira-kira seratus rakyat Thailand yang menceroboh sempadan Myanmar dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun setengah di sini semalam.

Mereka yang terdiri daripada 10 wanita dan 82 lelaki itu ditahan dalam serbuan pihak berkuasa Myanmar awal bulan ini.

"Mereka masih lagi disoalsiasat di mahkamah berhubung kes berkaitan penyalahgunaan dadah dan senjata api," kata seorang jurucakap kerajaan. - AFP

Print this item

  Empat lelaki ditahan kes pembunuhan diplomat Saudi
Posted by: MyForex - 07-26-2012, 06:18 AM - Forum: Current Issues And Global News - No Replies

DHAKA 26 Julai - Polis Bangladesh semalam menahan empat lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kematian seorang diplomat Arab Saudi di ibu negara ini, Mac lalu.

Mereka dipercayai menembak Ketua Hal Ehwal Warganegara Saudi di Dhaka, Khalaf al-Ali, 45, berhampiran rumahnya di kawasan Gulshan.

Khalaf yang dikejarkan ke hospital meninggal dunia tiga jam selepas itu.

Timbalan Pesuruhjaya Polis, Nazrul Islam berkata, empat lelaki yang ditahan itu berusia antara 22 hingga 25 tahun.

Menurut beliau, polis juga menjumpai pistol dan kereta yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan itu. - AFP

Print this item

  Scotland rancang benarkan perkahwinan sejenis
Posted by: MyForex - 07-26-2012, 06:17 AM - Forum: Current Issues And Global News - No Replies

LONDON 26 Julai - Scotland semalam mengumumkan rancangan untuk menjadi negeri pertama di bawah Britain yang menghalalkan perkahwinan gay.

Timbalan Menteri Pertama Scotland, Nicola Sturgeon berkata, satu rang undang-undang yang membenarkan perkahwinan sejenis akan dibentang pada penghujung tahun ini.

Menurut beliau, ia merupakan keputusan yang tepat untuk dilakukan dan kerajaan komited untuk Scotland yang adil dan saksama. - AFP

Print this item

  Pesakit kagum pulih daripada jangkitan HIV
Posted by: Wonderweiss - 07-26-2012, 04:01 AM - Forum: Current Issues And Global News - No Replies

WASHINGTON - Satu-satunya pesakit HIV yang dipercayai sembuh menerusi pembedahan pemindahan sum-sum, Timothy Ray Brown (gambar) memberitahu kelmarin bahawa dia berasa kagum dan kini melancarkan satu yayasan baharu bagi menggalakkan penyelidikan bagi mencari ubat penyakit maut itu.

Brown, 47, yang berasal dari bandar raya Seattle dalam negeri Washington, popular selepas beberapa doktor cuba menggunakan teknik yang unik itu dengan menggunakan penderma kebal HIV untuk menjalani satu pemindahan sel induk bagi mengubati penyakit leukemianya.

Sejak 2007, dia telah menjalani dua pembedahan pemindahan tulang sum-sum dan menunjukkan keputusan yang negatif dalam ujian HIV.

"Saya menjadi bukti bahawa AIDS boleh diubati," kata Brown dalam satu wawancara bersama agensi berita AFP.

"Sungguh mengagumkan apabila dapat sembuh daripada jangkitan HIV," tambahnya.

Lelaki itu sedang belajar di Berlin, Jerman apabila didapati positif HIV pada 1995 dan diberitahu dia cuma boleh hidup selama dua tahun lagi.

Namun, kombinasi terapi antivirus yang muncul di pasaran dunia setahun kemudian membolehkan jangkitan HIV yang dihidapi berjuta-juta penduduk dunia dirawat.

Terapi itu dapat mengekang kuman HIV di dalam badan Brown tetapi dia memilih untuk menemui seorang doktor pada 2006 selepas mengalami kelesuan yang berpanjangan.

Dia kemudian disahkan menghidap leukemia dan menjalani rawatan kemoterapi yang menyebabkannya mengalami pneumonia dan kandungan darahnya mengandungi bakteria beracun.

Dalam usaha menyelamatkan nyawa Brown, doktornya, Gero Huetter mendapat idea untuk melakukan pembedahan pemindahan tulang sum-sum dengan menggunakan penderma sel induk yang memiliki gen mutasi CCR5.

Mereka yang tiada gen CCR5 kebal terhadap jangkitan HIV kerana sel mereka tidak boleh ditembusi virus tersebut.

Namun, manusia yang tiada gen CCR5 jarang ditemui dan dipercayai cuma satu peratus penduduk dunia yang tinggal di rantau Eropah Utara memiliki keupayaan tersebut.

Idea Huetter adalah untuk cuba menyembuhkan leukemia dan HIV menerusi pembedahan transplan itu.

Brown didapati bebas daripada kuman maut itu selepas menjalani pembedahan tersebut. - AFP

[Image: du_06.1.jpg]

Print this item

  Milan mahu bawa pulang Kaka
Posted by: MyForex - 07-26-2012, 03:33 AM - Forum: Current Issues And Global News - Replies (1)

[Image: su_06.1.jpg]


LONDON - Naib Presiden AC Milan, Adriano Galliani dilaporkan memberi bayangan untuk membawa pulang perancang Brazil, Kaka ke Stadium San Siro.

Kaka, 30, bergelut untuk mempamerkan prestasi terbaik sejak meninggalkan Milan untuk berpindah ke kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid dengan bayaran berjumlah £50.7 juta (RM249 juta) pada 2009.

Pemain tengah Brazil itu sering kali dikaitkan dengan kepulangan semula ke Milan dan spekulasi itu semakin hangat selepas penolong jurulatih Real, Aitor Karanka mendedahkan bahawa masa depan pemain itu masih tidak menentu minggu ini.

"Kaka dan kelab sedang mencari jalan penyelesaian terbaik bagi kedua-dua pihak," kata Karanka selepas Kaka diketepikan daripada skuad Real pada aksi persahabatan menentang Oviedo.

Sementara itu, Galliani berkata: "Kadangkala perpisahan berlaku untuk satu tempoh yang panjang tetapi mereka pasti akan bersatu semula."

Sejak menyertai Real, Kaka hanya membuat 17 penampilan dalam kempen Liga Sepanyol dan meledakkan lima gol sele- pas bergelut dengan masalah kecederaan. - Agensi


kaka elok balik milan la jadi kapten.. duk kat madrid selalu kat bangku simpanan jer.. terlampau ramai sangat bintang.. lagipun mourinho tak pandang kaka..

Print this item

  Takut tengok roket atas kepala
Posted by: MyForex - 07-26-2012, 03:31 AM - Forum: Current Issues And Global News - Replies (7)

[Image: ne_02.1.jpg]

SEPANG - "Saya hanya boleh berdoa ketika melihat roket tentera berterbangan di ruang udara atas rumah kami pada waktu malam."

Itulah antara detik mencemaskan yang dialami pelajar Malaysia di Syria, Mohd. Luqman Saidin, 23, ketika dia berada di negara yang sedang bergolak itu minggu lalu.

Menurut pelajar Ma'had Dauli itu, situasi tersebut menyebabkan dia serta rakan-rakan pelajar sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga untuk menyelamatkan diri.

"Bunyi tembakan dapat didengari dengan jelas dari tempat tinggal saya di kota Damsyik dan malah ia juga kerap berlaku.

"Paling menakutkan, ia bagaikan tidak putus-putus terutamanya pada waktu petang selepas Isyak dan berterusan sehingga tengah malam," kata pelajar dari Kedah itu kepada pemberita selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam.

Luqman mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana bertindak pantas membawa dia dan rakan-rakannya pulang ke tanah air.

Dia bersama enam lagi pelajar menjadi kumpulan pertama rakyat Malaysia yang dibawa pulang semalam dengan menaiki pesawat Emirates EK346 dari Damsyik, Syria.

Pelajar lain yang selamat tiba ialah Abdul Halim Mohammad Ghazali, 21; Muhammad Afifuddin Md. Tahir, 23; Muhammad Hasan Hilmi Hassan Shukri, 21; Muhammad Othman Zawawi, 23; Muhammad Rusydi Ilhami Ahmad Fahmi, 22, dan Syed Abdul Rahman Syed Ramli, 14.

Luqman menceritakan, dia yang tinggal bersama tiga lagi pelajar Malaysia di rumah sewa mereka bersyukur kerana dapat pulang dengan selamat serta tidak menghadapi masalah mendapatkan bekalan makanan.

Seorang lagi pelajar Ma'had Dauli, Muhammad Afifuddin berkata, pergolakan itu menjadikan masjid di Syria sunyi kerana tidak ramai yang berani mengunjunginya untuk beribadat.

Malah, katanya, solat tarawih juga dihadkan kepada lapan rakaat dan bukan 20 rakaat bagi mengelak ada jemaah menjadi mangsa serangan.

"Selepas solat, kami terpaksa pulang segera ke rumah atas faktor keselamatan, lebih-lebih lagi kawasan kejiranan cuma satu kilometer dari medan pertempuran," katanya.

Sementara itu, bagi Muhammad Hasan, keadaan menjadi semakin tidak terkawal pada minggu lalu terutamanya pada hari Rabu dan Khamis.

Menurutnya, bunyi tembakan dapat didengari pada bila-bila masa manakala kelibat tentera yang ramai cukup membimbangkan.

"Alhamdulillah, Persatuan Pelajar Malaysia Syria dan kerajaan telah membuat keputusan yang tepat untuk menghantar kami pulang," katanya yang belajar di Mujamma' Sheikh Ahmad Kiftaro.

Print this item

  Malaysia juga boleh tenggelam
Posted by: MyForex - 07-26-2012, 03:28 AM - Forum: Current Issues And Global News - Replies (2)

[Image: ne_01.1.jpg]

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia terutama kawasan pesisir pantai berisiko ditenggelami air laut jika lapisan ais di Greenland cair sepenuhnya.

Pakar geologi, Prof. Datuk Dr. Ibrahim Komoo berkata, risiko itu timbul kerana kejadian ais cair di pulau berhampiran Kutub Utara tersebut jika berterusan boleh menyebabkan paras air laut termasuk Laut China Selatan dan Selat Melaka meningkat.

“Apabila air laut meningkat maka daratan Malaysia akan ditenggelami air laut terutama kawasan pesisir pantai yang berada pada kedudukan rendah.

“Risiko ini bagaimanapun tidak akan berlaku dalam masa terdekat kerana pencairan ais di Greenland akibat pemanasan global berlaku secara berperingkat-peringkat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Beliau mengulas kejadian kecairan glasier yang luar biasa di Greenland pada bulan ini yang membabitkan kawasan lebih luas berbanding sepanjang tempoh 30 tahun lalu.

Imej satelit Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) Amerika Syarikat baru-baru ini menunjukkan hampir 97 peratus permukaan glasier di Greenland mula mencair.

Sebuah bongkah ais gergasi dua kali lebih besar daripada Manhattan, Amerika Syarikat atau hampir menyamai saiz Pulau Tioman di Malaysia turut pecah.

Ibrahim berkata, fenomena pemanasan global menjadi punca lapisan ais di Greenland cair dan ini telah mengakibatkan paras air laut di Malaysia meningkat satu hingga dua milimeter setiap 10 tahun.

Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT) itu berkata, langkah terbaik untuk memperlahankan pencairan ais di Greenland ialah dengan mengehadkan aktiviti yang menyebabkan pemanasan global.

Sementara itu, Pakar Oseanografi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) cawangan Kuantan, Prof. Dr. Kamaruzaman Yunus pula memberitahu, peningkatan paras air laut akan menyebabkan kawasan-kawasan rendah di negara ini dinaiki air dan banjir kilat berlaku lebih kerap.

“Kawasan rendah yang tidak pernah dinaiki air sebelum ini berkemungkinan berlaku banjir dan proses untuk air surut akan mengambil masa lebih lama,” jelasnya.

Menurut Kamaruzaman, kecairan ais yang berlaku dan kesannya kepada negara ini adalah berpunca daripada pemanasan global yang disebabkan oleh pembuangan sisa industri yang tidak dikawal, pembebasan karbon dioksida (CO2) dan pertambahan penduduk manusia.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr. Yap Kok Seng pula ketika dihubungi memberitahu, pihaknya sedang memantau perkembangan di Greenland serta akan mengkaji kesan fenomena itu terhadap Malaysia.

Print this item