Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Welcome, Guest
You have to register before you can post on our site.

Username
  

Password
  





Search Forums

(Advanced Search)

Online Users
There are currently 37 online users.
» 5 Member(s) | 32 Guest(s)
AldenTisy, Branten, Jerodkn, KeganleK, Kevenrok

Latest Threads
writing illustrative essa...
Forum: Music, Movies, And TV Series
Last Post: Branten
39 minutes ago
» Replies: 0
» Views: 2
Best scalping indicator f...
Forum: Forex Indicators
Last Post: Charlie Watson
6 hours ago
» Replies: 1
» Views: 76
ForexMart broker (news, b...
Forum: Forex Brokers
Last Post: aqib.fxmart
7 hours ago
» Replies: 9
» Views: 77
FirewoodFX - Fastest Grow...
Forum: Forex Brokers
Last Post: arianfx
8 hours ago
» Replies: 886
» Views: 25,719
InstaForex - instaforex.c...
Forum: Forex Brokers
Last Post: azam575
9 hours ago
» Replies: 1,345
» Views: 49,242
FBS - https://fbsmy.com/
Forum: Forex Brokers
Last Post: syazam06
Yesterday, 05:56 PM
» Replies: 1,017
» Views: 50,972
Once again, Niagara falls
Forum: Travel And Tours
Last Post: Albert john
Yesterday, 05:32 PM
» Replies: 0
» Views: 7

 
  AS terus beku
Posted by: Wonderweiss - 01-06-2014, 03:13 PM - Forum: Current Issues And Global News - Replies (1)

[Image: image.jpg]

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Penduduk Amerika Syarikat (AS) diberi amaran supaya bersiap sedia menghadapi suhu paling sejuk sehingga mencecah -16 Celcius sejak tempoh 40 tahun.

Menurut pakar, hampir 140 juta penduduk akan dilanda suhu sejuk -17 Celcius pada Rabu ini.

Penyelaras Meteorologi Weather Channel, Tom Moore berkata kepada Daily Mail, cuaca baru dikenali sebagai 'pusaran kutub' kini mengancam untuk membawa suhu rendah ke barat tengah negara itu.

"Ia menjadi suhu paling sejuk pada musim ini, berbahaya kerana mempunyai angin yang mengancam nyawa. Dalam keadaan itu, kulit yang terdedah akan mengalami serangan gigitan embun beku dalam tempoh hanya lima minit," katanya.

Pusaran kutub akan menghantar udara sejuk dari Kutub Utara ke AS, sehingga ke Pantai Teluk. Manakala, salji dijangka melanda Ahad ini di barat tengah dan mampu melitupi sehingga 25 sentimeter di sesetengah kawasan.

Ramalan suhu mengejutkan juga dijangka melanda, International Falls di Minnesota dengan -1 Celcius dan bawah -9 Celcius di Indianapolis serta Chicago.

Print this item

  Hati Kering Betul. Nasib Tak Makan Penampar
Posted by: Wonderweiss - 01-03-2014, 03:17 AM - Forum: Funny And Jokes - No Replies



Print this item

  Ikan Matahari Gergasi Terdampar Di Kg Forest Sandakan
Posted by: Wonderweiss - 01-02-2014, 04:03 PM - Forum: Myth, Horror, Weird, Creepy Things - No Replies

Gambar ikan matahari gergasi terdampar di Kg Forest Sandakan. Menerusi kiriman emel, gempar dengan penemuan ikan bersaiz besar yang telah mendarat di Kampung Forest Sandakan Sabah sejak beberapa hari yang lalu. Penemuan tersebut turut dikongsikan menerusi laman sosial dan menarik perhatian umum. Untuk pengetahuan anda, spesis ikan ini dikenali sebagai ikan Matahari berikutan bentuknya yang bujur atau bulat dan mempunyai saiz yang lebih besar dari seorang lelaki dewasa

[Image: 1551598_790582087625331_1808785729_n.jpg]

Print this item

  Panggang ayam di belakang ekzos kereta sport Lamborghini Aventador
Posted by: Wonderweiss - 01-01-2014, 09:25 PM - Forum: Current Issues And Global News - Replies (1)

NEW YORK - Seorang lelaki memanggang daging seekor ayam belanda dengan menggunakan api yang keluar dari ekzos kereta sport Lamborghini Aventador, lapor akhbar New York Daily News kelmarin.

Lelaki tersebut yang bernama Shmee merakamkan video yang menunjukkan dia memanggang daging ayam belanda di belakang ekzos kereta yang berharga AS$450,000 (RM1.47 juta) itu.

Seorang lelaki lain berada di tempat pemandu kereta tersebut untuk menekan pedal minyak ketika dia memanggang ayam itu.

Rakaman video yang menunjukkan dia memanggang ayam tersebut telah dimuat naik di laman YouTube.

"Api banyak yang keluar (dari ekzos). Kami telah memasak ayam belanda," kata Shmee. - Agensi

[Image: du_02.1.jpg]

Print this item

  Nasi bungkus 'naik pesawat'
Posted by: Portalkini - 01-01-2014, 04:30 PM - Forum: Current Issues And Global News - No Replies

PASIR PUTEH - Tidak terfikir bagaimana warga ibu kota Kuala Lumpur yang ‘dihidangkan’ dengan aneka pilihan sarapan pagi masih memilih nasi bungkus daripada Kelantan setiap hari.

Sebanyak 2,000 nasi bungkus dari Kampung Banggol Pak Esah dekat sini, diterbangkan dengan pesawat kargo Malaysia Airline Sistem (Mas) dari Lapangan Terbang Sultan Ismail ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setiap pagi bagi membolehkan pelanggan tetap di sana menikmatinya setiap pagi.

Nasi kerabu, nasi lemak, nasi berlauk dan nasi dagang resipi tradisi Mohamad @ Mohd Nor Zakaria, 68, (Pok Nor) dibungkus seawal jam 11 malam bagi membolehkan ianya tidak terlepas dari jadual penerbangan awal di Pengkalan Chepa.

Pengurus Nasi Bungkus Pok Nor, Azrin Mohamad, 34, bersama adiknya, Abdul Ghafar Mohamad, 30, mendapat idea meluaskan pasaran selepas mendapati produk itu mendapat sambutan luar biasa.

“Selepas berjaya memasarkan 1,500 nasi bungkus ke seluruh Kelantan, kami berjaya membawa produk ini lebih jauh tapi masih berbaloi walaupun menampung kos penghantaran tinggi.

"Di Kuala Lumpur, nasi bungkus ini diambil agen untuk dihantar kepada penjual di sekitar Putrajaya, Puchong dan Shah Alam yang menjualnya pada harga RM4 sebungkus. Nasi untuk pasaran tempatan mulai dibungkus jam 3 pagi dan dijual pada harga RM2.50 sebungkus,” katanya.

Beliau berkata, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang diusahakan itu memberi peluang pekerjaan kepada 36 wanita yang kebanyakannya ibu tunggal dan dibahagikan kepada dua syif, 22 orang untuk pembungkusan bagi pasaran Kuala Lumpur dan selebihnya untuk pembungkusan bagi pasaran tempatan.

Nasi Bungkus Pok Nor katanya, akan dikembangkan kerana beliau kini merancang membuka kilang di kampung itu dan membuka kedai kopi sendiri di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu.

“Dalam masa sama, kami melancarkan grup Facebook Nasi Bungkus Pok Nor bagi mempromosikan produk selain menerima pendapat pelanggan bagi meningkatkan kualiti serta melicinkan urusan pemasaran.

“Sekiranya usaha ini terus berkembang maju, ia sudah tentu memberi manfaat secara berterusan kepada ibu tunggal dan agen-agen kami di Kelantan dan Kuala Lumpur,” katanya.

[Image: image.jpg]

Print this item

  Selamat tahun baru
Posted by: Wonderweiss - 01-01-2014, 03:15 AM - Forum: Funny And Jokes - No Replies

[Image: 1538909_10200491617247588_1304924096_n.jpg]

Print this item

  Mamat sepah Tak Main-Main Dengan Cinta Terbaru
Posted by: Shinichi Maki - 12-31-2013, 02:16 AM - Forum: Gossips, Celebrities, Glamorous - No Replies

[Image: hi_08.1.jpg]

SELEPAS putus cinta dengan dua artis wanita, vokalis kumpulan Butterfly, Adda dan Fida Ibrahim, Mamat dilihat lebih banyak dilanda kontroversi sehingga menjatuhkan namanya sendiri. Namun itu bukan penamat bagi Mamat untuk kembali bercinta. Terbaru, Mamat sudah menemui pengganti baru dan pilihan kali ini bukan daripada kalangan artis.

Jelas Mamat ketika ditemui baru-baru ini, sejak lebih setahun lalu dia sudah bercinta dengan seorang gadis dari Johor dan dia benar-benar serius dalam hubungannya kali ini.

“Alhamdulillah, benda yang baik buat apa saya nak sembunyi, lama kelamaan orang akan tahu juga. Buat masa sekarang saya masih menunggu dia habis belajar dahulu, mungkin selepas itu barulah kami akan bertunang," kata Mamat mengenai kekasihnya yang dikenali sebagai Nurul Syafiqah yang kini menuntut di Universiti Pengurusan dan Sains Malaysia (MSU) di Shah Alam, Selangor.

Mamat berkata, pada awal pertemuan Syafiqah tidak mengenalinya sebagai artis namun dia amat menyenangi perhubungannya itu kerana gadis tersebut banyak memberinya semangat.

“Ketika hubungan kami mula terbina, masa itulah juga zaman kejatuhan saya. Dia boleh terima saya walaupun saya anggap diri saya cukup ‘kotor’.

“Dia selalu menasihatkan saya bahawa dalam bidang seni memang ada zaman jatuh bangunnya. Jadi dia mahu saya selalu sabar.

“Alhamdulillah saya memperolehi seorang gadis yang cukup memahami saya," ujar Mamat.

Walaupun tidak kekal lama ketika bersama kumpulan Kucai, gandingannya bersama Munir dan Arin pada saingan Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM2013), Mamat tidak menjadikan hal tersebut sebagai halangan untuk terus menyerikan dunia seni.

Malah kini Mamat bergelar penyampai radio di Ultra FM. Walaupun pernah menjadi penyampai radio di Era FM sebelum ini namun peluang kali ini cukup berbeza.

“Sebelum ini saya pernah menjadi penyampai radio bersama rakan-rakan Sepah, kali ini saya digandingkan pula dengan Jimmy Shanley. Dulu kami bertiga melawak tapi kali ini saya seorang saja yang melawak.

“Jimmy sememangnya banyak membantu dalam pengacaraan. Saya yakin gandingan kami berdua mampu untuk menaikkan lagi nama radio ini walaupun baru sahaja ditubuhkan. -Utusan

Print this item

  Bantuan persekolahan RM100 diagih 15 Januari
Posted by: haziq91 - 12-31-2013, 01:34 AM - Forum: Current Issues And Global News - No Replies

[Image: 396008_215863501832889_964539357_n.jpg]

5.4 juta pelajar sekolah rendah, menengah bakal nikmati manfaat daripada peruntukan RM540 juta

Kuala Lumpur: Bantuan persekolahan RM100 seorang kepada 5.4 juta pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negara akan mula diagihkan selepas 15 Januari depan.


Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof, ketika dihubungi berkata, beliau akan mengadakan sidang media bagi menjelaskan perkara itu hari ini.

Print this item

  500 pegawai polis sertai tunjuk perasaan
Posted by: haziq91 - 12-31-2013, 01:25 AM - Forum: Current Issues And Global News - Replies (1)

[Image: 41388416704_295x200.jpg]

BANGKOK: Protes anti-kerajaan di Bangkok terus diadakan namun kali ini ia turut disertai sekitar 500 anggota polis Thailand.

Anggota polis berkenaan menyertai tunjuk perasaan itu bagi menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap prosedur kerajaan menangani protes rakyat.

Kumpulan berkenaan turut memakai ikat kepala berwarna hitam sebagai penghormatan kepada anggota polis yang terbunuh dalam insiden keganasan terbaru di negara gajah putih itu.

Kolonel Niwat Puenguthaisri yang mengetuai perhimpunan berkenaan berkata, anggota polis yang ditugas menyuraikan protes rakyat tidak diberi kelengkapan sepatutnya.

Selain itu, prosedur yang digunapakai oleh polis, didakwa tidak sesuai bagi menghadapi protes yang sedang berlaku.

Jelas beliau, ini adalah pertama kali di dalam sejarah Thailand, polis turut menyertai bantahan terhadap kerajaan.

Peserta perhimpunan turut bertafakur bagi mendoakan rakan pasukan mereka yang terbunuh ketika bertugas.

Pegawai polis tersebut terbunuh Khamis lalu apabila penunjuk perasaan bertempur dengan pihak berkuasa.

Dalam satu lagi perkembangan, penunjuk perasaan anti-kerajaan membersihkan tapak perkhemahan mereka di Bangkok sebagai persiapan menyambut ketibaan tahun baru.

Kerja pembersihan itu turut disertai ketua penunjuk perasaan,Suthep Thaugsuban.
Kawasan sekitar tugu peringatan demokrasi di Bangkok telah menjadi tapak perkhemahan peserta protes sejak November lalu.

Walaupun, penunjuk perasaan sedia memberi laluan kepada acara sambutan tahun baru, Suthep berikrar meneruskan bantahan besar-besaran selepas sambutan berkenaan.

Protes itu dirancang bagi meningkatkan tekanan kepada kerajaan Thailand supaya mempercepatkan proses transformasi politik.

Tindakan mereka mengganggu proses penamaan calon bagi pilihan raya umum Thailand setakat ini membuahkan hasil.

Pendaftaran bagi pilihan raya 2 Februari tahun depan itu telah ditangguh di empat wilayah.

Print this item

  Najib umum 11 langkah penjimatan belanja kerajaan
Posted by: gamemaster - 12-30-2013, 08:00 PM - Forum: Current Issues And Global News - Replies (1)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemotongan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus sebagai antara 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam berkuat kuasa mulai 1 Januari 2014.

Selain elaun keraian menteri dan timbalan menteri, elaun keraian bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (JUSA C) juga dipotong antara 5 hingga 10 peratus.

Menurut Najib, langkah-langkah itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan berhemah pada tahun depan.

"Langkah-langkah penjimatan yang lain untuk sektor awam akan diperkenalkan dari semasa ke semasa berdasarkan kepada keperluan dan keadaan semasa," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat petang ini.

Jelas Perdana Menteri, keputusan itu dibuat setelah berunding dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa.

Langkah-langkah lain yang diumumkan oleh Perdana Menteri ialah:
Pengurangan sebanyak 5 peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan;
Kemudahan bayaran tol bagi pegawai kanan kerajaan (Gred JUSA C ke atas) dikurangkan sebanyak RM50-100 atau 30 peratus; dan
Permohonan baru bagi pengubahsuaian ruang pejabat kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan dibekukan.

Najib juga mengumumkan langkah mengetatkan pelantikan juru perunding atau consultant untuk projek-projek fizikal kerajaan termasuk dalam menjalankan feasibility study.

Lantikan berkenaan hanya boleh dibuat dengan mengemukakan cadangan pelantikan kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan oleh KSN untuk kelulusan.

Najib juga mengumumkan pengurangan penggunaan syarikat pengurusan acara serta pemberian saguhati dan cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis kerajaan yang membabitkan anggota pentadbiran dan penjawat awam.

Satu lagi langkah penjimatan perbelanjaan kerajaan yang diumumkan ialah meminda kelayakan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa bagi penjawat awam misalnya, penerbangan sektor awam bagi penjawat awam Gred JUSA C ke bawah ialah kelas ekonomi.

Najib juga mengumumkan pengurangan penyediaan makanan dan minuman semasa penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.

Tiga lagi langkah yang diumumkan ialah:
Mengurangkan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebaang acara rasmi kerajaan;
Mengoptimakan penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan sewaan premis pejabat; dan
Mengaplikasikan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan dengan mengoptimakan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan juga kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel.

Print this item