Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Welcome, Guest
You have to register before you can post on our site.

Username
  

Password
  





Search Forums

(Advanced Search)

Online Users
There are currently 23 online users.
» 0 Member(s) | 23 Guest(s)

Latest Threads
GDMFX - www.gdmfx.com
Forum: Forex Brokers
Last Post: GDMFX
8 hours ago
» Replies: 1,094
» Views: 96,174
FXOptimax - Free 10 usd B...
Forum: Forex Brokers
Last Post: MagnaFx
8 hours ago
» Replies: 104
» Views: 3,835
NPBFX - npbfx.com
Forum: Forex Brokers
Last Post: npbfx.hyatt
Yesterday, 11:50 PM
» Replies: 59
» Views: 951
SuperForex Company News
Forum: Forex Brokers
Last Post: SuperForex_Aedin
Yesterday, 11:34 PM
» Replies: 1,491
» Views: 22,198
GDMFX - Daily News
Forum: Forex News
Last Post: GDMFX
Yesterday, 10:57 PM
» Replies: 855
» Views: 70,460
FBS - https://fbsmy.com/
Forum: Forex Brokers
Last Post: syazam06
Yesterday, 07:46 PM
» Replies: 428
» Views: 10,121
FXTM ( ForexTime ) - www....
Forum: Forex Brokers
Last Post: FXTM ForexTime
Yesterday, 06:19 PM
» Replies: 11
» Views: 295

 
  Ustaz tawar pakej gugur janin
Posted by: ~Eangel~ - 04-04-2012, 04:27 PM - Forum: Current Issues And Global News - Replies (2)

[Image: MuaVX.jpg]

KUALA LUMPUR: Bagai membunuh kandungannya sendiri, namun masih memilih untuk menguruskan janin mengikut kaedah Islam.

Itu pilihan rata-rata ibu muda terlanjur yang memilih pakej ditawarkan dalam perkhidmatan mengugurkan kandungan secara haram di beberapa klinik swasta di ibu kota pada harga RM1,800 hingga RM2,000 mengikut usia kandungan.

Dengan berselindung di sebalik papan tanda hospital bersalin, beberapa klinik swasta di ibu kota kini dikesan ‘memancing’ pelanggan dengan menyediakan perkhidmatan menggugurkan kandungan secara haram bersama khidmat uruskan janin mengikut kaedah Islam dengan mendakwa mengupah seorang ‘ustaz’ pada harga RM100 setiap janin.

Hasil tinjauan dan penyamaran wartawan Harian Metro di beberapa klinik swasta mendapati klinik ini dilengkapi kemudahan wad dan didatangi pelanggan saban hari tanpa mengira waktu.


Perkhidmatan menggugurkan kandungan secara haram itu difahamkan dilakukan jururawat kanan.
http://www.youtube.com/watch?feature=pla...6HBeNA-q5Y

Print this item

  Pelajar maut disambar petir
Posted by: ~Eangel~ - 04-04-2012, 04:20 PM - Forum: Current Issues And Global News - Replies (1)

[Image: NvnAa.jpg]

SERDANG – Seorang pelajar yang menyertai Pertandingan Bola Sepak Sekolah-Sekolah Daerah Petaling Perdana di Universiti Putra Malaysia (UPM), terbunuh dipanah petir manakala rakannya cedera, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 2.45 petang, mangsa Muhamad Mustaqim Muhamad Kamarul dan Muhammad Yusop, masing-masing berusia 16 tahun, dikatakan baru selesai bermain bola di Padang A UPM.

Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, ketika kejadian mangsa dikatakan sedang menunggu bas di bawah pokok untuk pulang ke sekolah masing-masing.

Menurutnya, insiden disedari beberapa pelajar yang turut berada berhampiran padang berkenaan sebelum memaklumkan kejadian kepada seorang guru.

“Ketika kejadian, salah seorang guru memberitahu keretanya bergegar sebelum didatangi pelajar yang memberitahu dua pelajar tingkatan empat dari Sekolah Menengah Seksyen 16 Shah Alam itu dipanah petir.

“Kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hospital Serdang, namun salah seorang daripadanya, Muhamad Mustaqim dilaporkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan,” katanya.

Beliau berkata, jenazah mangsa dibawa ke rumahnya di Padang Jawa, Klang sebelum dikebumikan di kampung ibunya di Felda Jengka Pahang.

“Mangsa disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Serdang. Kes disiasat sebagai mati mengejut,” katanya lagi kepada Sinar Harian.

Print this item

  Zizan Bermasam Muka Dengan Johan?
Posted by: ~Eangel~ - 04-04-2012, 04:04 PM - Forum: Gossips, Celebrities, Glamorous - Replies (1)

[Image: 422012_ssjozanckp-a.jpg]

KUALA LUMPUR, 3 APRIL 2012: Sebaik saja Super Spontan (SS) disiarkan secara langsung di Astro Warna (Saluran 132), ramai beranggapan Johan dan Zizan banyak membantu untuk menarik minat penonton terus melayan program baru ini.

Namun, ramai tidak tahu sebab utama Zizan mahu menyertai program ini. Benarkah Zizan terpaksa menyertainya memandangkan Zizan baru saja menandatangani kontrak sebagai artis eksklusif Astro?

Dalam erti kata yang lain, adakah Zizan dipaksa pihak tertentu walaupun mengikut hati pelawak itu, dia sudah tidak mahu menyertai mana-mana program TV lain atas dasar jadualnya yang terlalu ketat.

Dalam pada itu, isu Zizan dan Johan kembali hangat diperkatakan apabila mereka dikatakan saling memusuhi satu-sama lain kerana masing-masing bukan dalam kumpulan yang sama. Benarkah mereka kini bermasam muka?

Sementara itu, Zizan difahamkan agak cuak apabila ramai meletakkan harapan terlalu tinggi pada dirinya untuk memenangi SS.

Namun, ada pula mengatakan Zizan sebenarnya over confident dan yakin untuk menjuarai program ini tetapi dia hanya perlu menghadapi Johan yang dianggap sebagai paling berbakat untuk melunaskan segala tugasan dalam SS.

Dapatkan setiap jawapan berikut dengan menonton video selebih Apa Kata M? episod pertama.

http://www.youtube.com/watch?feature=pla...RCQ_A3jXbI

Murai

Print this item

  Budak Magnet di Brazil
Posted by: ~Eangel~ - 04-04-2012, 03:52 PM - Forum: Myth, Horror, Weird, Creepy Things - Replies (1)

[Image: Portal_Kami_pix.png]


Seorang budak lelaki di Brazil telah menghairankan doktor dengan memiliki dada yang seperti magnet. Tidak mengejutkan apabila Paolo David juga diberi nama samaran ‘Budak Magnet’.

Paulo yang berusia11 tahun dikatakan telah mendapati kebolehan ganjil selepas bapanya meminta beliau untuk mengambil pisau dan garpu dan ianya tiba-tiba melekat pada dadanya.

Sejak itu anak muda ini dan keluarganya telah mendapat banyak keseronokan menggunakan gunting, sudu, duit syiling, telefon bimbit dan juga kuali melekat pada badan ‘magnet’.

[Image: Portal_Kami_pix.jpg]

[img]Doktor mengatakan mereka bingung dengan sifat-sifat magnet seorang anak lelaki muda dan tidak tahu apa yang menyebabkannya walaupun mereka seronok melekat clipboards mereka kepadanya. Doktor tidak berfikir bahawa kesihatan budak sekolah itu berisiko.[/img]

Print this item

  Ikan Pelik Kepala Raksasa Terdampar di Pantai
Posted by: ~Eangel~ - 04-04-2012, 03:49 PM - Forum: Myth, Horror, Weird, Creepy Things - Replies (4)

[Image: Portal_Kami_pix.jpg]


Seekor ikan pelik lagi sangat luar biasa, yang berupa sangat ganas telah dijumpai terdampar keletihan dan mati di persisiran pantai di Sepanyol.

Ikan yang mempunyai gigi taring yang tajam itu telah membuatkan semua penduduk gempar dan takut untuk mendekatinya. Tetapi ada juga seorang lelaki yang berani datang kepada ikan tersebut, mengangkatnya dan mengambil gambar ikan pelik itu.


P/S: Bumi mempunyai 70% lautan dan 30% daratan. Tambahan lagi, isipadu lautan lagi besar dari daratan. Memang tak ada apa yang mustahil. Allah punya kuasa. Banyak yang kita tak ketahui tentang alam ini. Wallahualam.

[Image: Portal_Kami_pix.jpg]

[Image: Portal_Kami_pix.jpg]

[Image: Portal_Kami_pix.jpg]

[Image: Portal_Kami_pix.jpg]

Print this item

  Amuk: 7 maut di kolej agama
Posted by: ~Eangel~ - 04-04-2012, 03:37 PM - Forum: Current Issues And Global News - No Replies

[Image: pix_middle]


OAKLAND: Tujuh terbunuh dan tiga cedera apabila seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di sebuah kolej keagamaan swasta berhampiran San Francisco, semalam.

Suspek, seorang penduduk tempatan warga Korea menyerah diri sejurus selepas serangan itu.


Menurut saksi, lelaki terbabit berdiri dalam sebuah kelas di Universiti Oikos di Oakland Timur sebelum menembak dada seorang mangsa dari jarak dekat.

Katanya, penyerang terbabit kemudian melepaskan tembakan rambang pula di kelas berkenaan.


Digambarkan sebagai “gila,” suspek terbabit kemudian menembak lagi di sekitar kolej berkenaan.


“Mangsa ditemui di beberapa lokasi apabila pihak berkuasa tiba sejurus selepas dimaklumkan melalui banyak panggilan telefon kecemasan 911,” katanya.

Sementara itu, polis belum mendedahkan jenis senjata api yang digunakan, atau berapa banyak senjata ada pada suspek.


Kira-kira 35 orang berada di dalam atau berhampiran bangunan kolej itu ketika kejadian.

Sumber berkata, 10 orang terkena tembakan dan lima daripadanya mati di tempat kejadian, manakala dua lagi di hospital.


Orang ramai pula terpaksa berlindung dalam kelas atau pejabat.


Ketua Polis Oakland, Howard Jordan, berkata suspek melarikan diri menggunakan sebuah kereta selepas insiden itu, tetapi berjaya ditahan berhampiran pasar raya Safeway di kawasan Alameda.


“Suspek yang dipercayai penduduk Oakland menyerah diri kepada polis,” katanya.


Menurut Jordan, suspek dikatakan pernah belajar di kolej berkenaan dan tidak memiliki sebarang rekod jenayah.


“Dia dikenali sebagai One Goh dan berusia 43 tahun,” katanya.


Agensi berita Korea Selatan, Yonhap, melaporkan lelaki terbabit bernama Ko Won-Il dan memiliki kerakyatan AS.


Laman sesawang Universiti Oikos mendakwa, mereka menawarkan pendidikan mengikut standard tertinggi dengan nilai Kristian.


“Universiti Oikos mempunyai matlamat dan misi khusus untuk menawarkan program dalam bidang kajian keagamaan, muzik dan kejururawatan,” katanya. Saksi, Lisa Resler, berkata dia sedang meninggalkan Safeway apabila melihat seorang lelaki Asia memakai topi ditahan anggota keselamatan pasar raya itu.


“Dia kelihatan keliru ketika digari,” katanya. Angie Johnson, 52, berkata seorang gadis meninggalkan bangunan itu dengan kesan darah di tangannya sambil menjerit mendakwa ditembak. - AFP

Print this item

  ‘Jangan tangguh lagi’
Posted by: ~Eangel~ - 04-04-2012, 03:35 PM - Forum: Current Issues And Global News - No Replies

[Image: pix_middle]

KUALA LUMPUR: “Jangan bertangguh lagi, kami sudah penat menunggu. Kalau semua berpindah, projek pembangunan boleh dijalankan dan kami semua dapat menduduki rumah baru dengan cepat,” kata Ahmad Rahman, Pengerusi Rumah Pangsa Kampung Kerinchi.

Luahan itu disuarakan mewakili 433 pemilik rumah pangsa berkenaan yang kecewa dengan keengganan 34 penghuni lain keluar dari rumah mereka biarpun notis mengenainya dikeluarkan pihak berkuasa selepas tertangguh sejak hampir dua tahun lalu.


Katanya, keadaan itu tidak sepatutnya berlaku kerana pemaju menyediakan pampasan kepada pemilik rumah yang dibangunkan pada 1970 itu selain mereka ditawarkan tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sementara menanti projek siap.

“Kami tidak tahu apa lagi yang mereka mahu kerana semuanya disediakan. Sudah beberapa kali projek di sini tidak dapat dibangunkan kerana masalah ini dan kali ini, kami harap mereka bekerjasama.


“Pemaju juga komited menanggung kos perpindahan ke rumah transit sebanyak RM5,000 selain memasuki pangsapuri baru sebanyak RM8,000, ia satu tawaran yang berbaloi, jadi apa nak ditunggu lagi,” katanya selepas mengadakan perhimpunan aman di sini, semalam.


Ahmad berkata, bukan itu saja, pemaju turut menyatakan kesediaan mereka membeli semula unit kediaman yang enggan diduduki dengan harga RM143,000 dan membayar deposit untuk bekalan elektrik dan air sepanjang mereka tinggal di rumah transit PPR. Menurutnya, keengganan baki pemilik untuk berpindah dari kawasan itu menyebabkan penduduk yang bersetuju dengan rancangan pembangunan yang dibawa kerajaan terpaksa menunggu lebih lama, malah ada antara mereka sudah meninggal dunia tanpa sempat menduduki rumah baru.

“Ini yang kami kesalkan. Justeru, saya minta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas untuk memindahkan mereka kerana notis sudah dikeluarkan, malah mahkamah juga menetapkan kadar pampasan yang layak diterima,” katanya.

Print this item

  Himpunan Fatwa
Posted by: Mohamad Fadzli - 04-04-2012, 01:31 PM - Forum: Religious Talk - No Replies

Fatwa Larangan Berzikir Memukul Gendang Atau Peralatan Muzik Lain Di Dalam Masjid



Tarikh Keputusan:
29 Dec, 2010
Keputusan:

(a) Dilarang memukul alat gendang atau memainkan apa-apa jenis alatan muzik di dalam masjid atau surau kerana perbuatan tersebut adalah bercanggah dengan syariat dan akhlak Islam;

(b) Bagaimanapun, penggunaan alat gendang atau apa-apa jua jenis alatan muzik lain bagi menjalankan aktiviti yang dibenarkan oleh syarak boleh dilaksanakan di luar bangunan masjid, surau atau madrasah dan pelaksanaannya hendaklah berlandaskan syariat dan akhlak Islam.
Status Penwartaan:
Diwartakan
Tarikh Diwartakan:
5 Jan, 2012
Nombor Rujukan:
JMM/BFB(S)/351/255/02/10; PUNM. 700-02/37 Jld. 2
Akta/Enakmen:
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002

Print this item

  MCA desak k'jaan batal projek Lynas
Posted by: gamemaster - 04-04-2012, 12:12 PM - Forum: Political Talk - Replies (1)

MCA tampil dengan gesaan baru ke atas kerajaan supaya tidak membenarkan syarikat Lynas Corporation daripada terus mengusahakan loji pemprosesan nadir bumi di Gebeng, Kuantan.

Dalam satu kenyataan semalam, presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata perkara itu bukan lagi soal keselamatan loji.

Sebaliknya, perkara itu merupakan hasrat majoriti rakyat yang menentang projek Lynas, kata Chua.

"Sebagai kerajaan yang responsif dan sensitif, yang menghormati pandangan rakyat, MCA menggesa kerajaan persekutuan untuk membatalkan projek itu.

"Walau ada pandangan dan pendirian berbeza mengenai tahap keselamatan Lynas, pandangan umum adalah projek itu bukan sesuatu yang menghasilkan jumlah pekerjaan yang tinggi atau pelaburan kemahiran teknologi bernilai tinggi," katanya lagi.

Chua juga menegaskan, dengan huruf besar, bahawa loji itu tidak diperlukan oleh Pahang.

Tiada kompromi soal sisa

Tambahnya, ramai rakyat Malaysia, termasuk pemimpin parti itu dari Pahang, yang menyuarakan bantahan mereka ke atas loji berkenaan.

Pandangan seperti itu, kata Chua, turut dikongsi akvitis alam sekitar yang telah ditemui MCA.

Bagaimanapun, Chua menekankan bahawa perkara itu tidak bermakna MCA berpendapat bahawa loji itu tidak selamat.

Tanpa memberikan alasan dalam soal keselamatan itu, Chua berkata parti berkenaan "menentang keras" pemberian lesen sementara kepada Lynas, sekiranya syarikat itu gagal melupuskan hasil sisa tersebut ke luar negara.

"MCA tidak akan berkompromi dalam soal ini. Parti ini tidak akan berubah daripada pendiriannya untuk mendengar suara daripada akar umbi," katanya.

MCA merupakan parti komponen BN kedua yang telah menyatakan penentangan ke atas projek berkenaan selepas parti GERAKAN.

Kedua-dua parti itu bimbang dengan reaksi pengundi dalam isu berkenaan, dalam pilihan raya umum akan datang.

Print this item

  ADUN BN Kuala Nerang umum dirinya muflis
Posted by: gamemaster - 04-04-2012, 12:10 PM - Forum: Political Talk - Replies (2)

Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim malam tadi mengumumkan dirinya muflis setelah gagal membayar baki hutangnya dengan bank tempatan berjumlah RM8 juta.

Naib ketua Umno bahagian Padang Terap itu berkata hutang tersebut adalah sebahagian daripada pinjaman RM50 juta yang diambil pada 1998 untuk membolehkan syarikatnya, Kulim Enterprise Sdn Bhd, disenaraikan di papan kedua Bursa Saham Malaysia pada masa itu.

Bagaimanapun, negara mengalami kegawatan ekonomi ketika itu dan syarikatnya gagal disenaraikan, menyebabkan beliau terpaksa menanggung hutang berkenaan, Syed Sobri pada majlis perjumpaan dengan kira-kira 300 anggota dan pemimpin akar umbi Umno bahagian itu di rumahnya malam tadi bagi menjelaskan kedudukan sebenar.

Beliau berkata pada Disember lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengisytiharkannya sebagai muflis.

Syed Sobri berkata pemimpin Umno telah dimaklumkan mengenai perkara itu, begitu juga dengan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, yang ditemuinya semalam.

Beliau berkata Azizan tetap menyuruhnya hadir pada persidangan Dewan Negeri Kedah yang akan bermula 17 April ini.

Bagaimanapun, Syed Sobri tidak akan berbuat demikian kerana berdasarkan undang-undang negeri, beliau telah hilang kelayakan sebagai wakil rakyat berikutan statusnya sebagai muflis.

Perkara 47(1)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan negeri Kedah menyatakan seorang anggota Dewan Negeri hilang kelayakan jika ia seorang muflis yang belum dilepaskan.

Dalam pilihan raya Umum 2008, Syed Sobri yang bertanding buat pertama kali telah menewaskan calon PAS Zawawi Ahmad dengan majoriti 805 undi.

- Bernama

Print this item