Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Ya, Saya Dan Wawa Sudah Bernikah – Aeril Zafrel
#1
[Image: aerilnikahwawa.jpg?w=584]

Akhirnya segal persoalan mengenai status perkahwinan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal telah pun terjawab di dalam sidang media petang tadi. Menurut Aeril, mereka telah bernikah 2 kali iaitu pada 4 Februari 2012 dan 25 Februari 2013. Pernikahan pertama dibuat tanpa didaftarkan di pejabat agama

Namun atas permintaan keluarga, mereka berdua telah bernikah buat kali kedua pada 25 Februari 2013 sebagai menghormati ahli keluarga. Kata Aeril menerusi Mstar Online:-

Ya, saya dan Wawa sudah bernikah. Kami bernikah di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. Jadi, status anak saya yang dihebohkan selama ini sudah terjawab

Mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ahmad Fakharuddin Attar yang dilahirkan pada 24 Ogos 2013 hasil perkahwinan ini. Dengan pengakuan ini, terjawablah segal persoalan yang bermain di minda para peminat. Pasti ada sebab tertentu Aeril dan Wawa merahsiakan perkahwinan mereka ini.

Mungkin Aeril mahu periksa semula status pernikahan mereka kerana sebelum ini Aeril pernah mengumumkan yang mereka tidak pernah berkahwin. Takut-takut jatuh talak tanpa disedari. Cubalah periksa dengan orang yang lebih arif mengenai hal ini. Apa pun, jutaan tahniah diucapkan kepada Aeril dan Wawa atas perkahwinan anda. Semoga kekal bahagia sehingga ke hujung hayat.
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:
#2
JAIS Panggil Aeril Zafrel Dan Wawa Zainal Siasat Status Pernikahan Pertama

Ini adalah perkembangan terbaru mengenai pernikahan 2 kali Aeril Zafrel dan Wawa Zainal.

Kes siasatan oleh JAIS telah pun dibuka dan semua yang terlibat dalam pernikahan kali pertama akan dipanggil oleh badan ini.

Sekiranya keputusan mahkamah mendapati mereka bersalah kerana bernikah tanpa kebenaran, kesemua yang terbabit dalam pernikahan pertama itu boleh didenda RM1,000 atau enam bulan penjara mengikut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam. Kata Penolong Pengarah JAIS:-

Kes ini masih dalam tindakan siasatn JAIS sama ada mereka dinikahkan oleh kadi yang bertauliah atau sebaliknya. Setiap pasangan yang berhajat untuk bernikah, mereka perlu mendapatkan kebenaran terutama bakal pengantin perempuan. Undang-undang setiap negeri memerlukan pasangan berkenaan membuat permohonan untuk berkahwin.

Tak perlu pernikahan kali kedua sekiranya pernikahan pertama itu sah mengikut hukum syarak. Dalam Islam, tak ada istilah pernikahan kali kedua. Buat masa ini, saya tak boleh beri sebarang pengesahan sama ada pernikahan pertama mereka sah atau sebaliknya kerana kes ini masih dalam siasatan.

Begitu juga dengan status bayi mereka, saya tak boleh beri sebarang pengesahan sama ada anak itu sah taraf atau sebaliknya selagi siasatan belum selesai.

Sekiranya pernikahan pertama itu sah mengikut syarak, bermakna pernikahan itu menyalahi peruntukan bahagian kedua Enakmen Keluarga Islam. Mereka oleh disabitkan kesalahan oleh mahkamah dengan denda RM1,000 atau enam bulan penjara.
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)