Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Warga Korea dominasi kawasan elit Lembah Klang
#1
[Image: 81401894163_freesize.jpg]

KUALA LUMPUR: Kalau di Jalan Chow Kit dan Jalan Yap Ah Loy, kita dapat lihat warga asing seperti Nepal dan Bangladesh. Berlainan pula di Desa Sri Hartamas dan Mont Kiara.

Siapa sangka, sosio-budaya Korea yang terkenal dengan tarian Gangnam Style dan muzik K-pop itu secara perlahan-lahan berkembang dalam negara terutamanya di Lembah Klang.

Tidak keterlaluan jika dikatakan, Hartamas mungkin akan menjadi Little Korea suatu hari nanti. Tinjauan wartawan mendapati, bukan sahaja bilangan restoran Korea semakin bertambah, malah rakyat itu turut memulakan perniagaan lain seperti membuka butik pakaian dan pasar mini yang menjual pelbagai barangan Korea.

Lebih 30 premis dimiliki warga Korea yang bertapak di Desa Sri Hartamas.

Pasangan suami isteri ini sudah lebih dua tahun menjalankan perniagaan runcit. Mengakui selesa dengan persekitaran Malaysia yang aman damai, Jang Won Sock turut memberitahu faktor pendidikan merupakan faktor mereka ingin mahu menetap di Kuala Lumpur.

"Malaysia indah dan aman. Dari segi pendidikan juga bagus. Saya hantar anak saya ke sekolah antarabangsa. Dan banyak perkara menarik dalam negara ini,' katanya.

Bagi Lim Sang Hee, perniagaan di Kuala Lumpur menguntungkan. Malah katanya kos hidup lebih rendah berbanding negara asalnya.

"Saya sudah berniaga di sini lebih dari setahun. Saya tinggal di kondominium di Mont Kiara dan ada dua anak. Saya berniaga di sini selepas membeli kedai dari kawan dan anak saya juga suka bersekolah di sini," kata ibu yang berumur 38 tahun ini dengan bersahaja.

Bagi orang ramai yang ditemui pula, kebanjiran rakyat Korea sedikit sebanyak menyumbang kepada pertukaran budaya.

Selain menjana pendapatan ekonomi negara, mereka juga tidak menolak faktor mata wang negara yang lebih tinggi menjadikan warga ini mendominasi kawasan elit ini.

"Di sini sudah macam Korea Town. Kedai makan Korea bersepah-sepah. Dan mereka juga pandai berniaga dan peramah," kata Mohamad Khairul Nizam Ariffin yang sudah bekerja di Hartamas lebih 3 tahun.

"Kehadiran mereka membuatkan permintaan terhadap perumahan turut meningkat. Itu kita tidak dapat nafikan," kata Kamaruzaman Mohamad yang mengakui turut risau dengan kebanjiran warga itu akan menjejaskan masyarakat Malaysia.

Bersetuju dengan itu Nur Atiqah Ahmad berpendapat kehadiran warga Korea mempunyai kesan baik dan buruk dari segi ekonomi.

"Mereka turut sumbang pendapatan kepada negara, tapi dari segi milik hartanah, kerajaan perlu pantau agar mereka tidak mengambil kesempatan.

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/warg...g-37204?cp
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:
#2
semua ada kat malaysia kekeke
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:
#3
Anyeong Haseo. :p
[Image: banner468x60.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 2 Guest(s)