Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Ujian memandu kenderaan automatik ditangguh
#1
[Image: image.jpg]

ALOR GAJAH - Penggunaan kenderaan transmisi automatik bagi ujian memandu yang dirancang dilaksanakan pada 1 April terpaksa ditangguhkan kepada pertengahan tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Yusoff Ayob berkata ia berikutan masalah teknikal melibatkan percetakan buku Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) yang sepatutnya diedarkan bermula Mac lepas.

"Kita mempunyai masalah proses pencetakan sehingga menyebabkan buku itu gagal disiapkan mengikut jadual," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian penutup program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) bagi Dewan Undangan Negeri Gadek di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan © Pay Chee di sini, hari ini.

Katanya pencetakan buku KPP memerlukan penelitian rapi kerana ia melibatkan pengenalan kurikulum baharu.

Beliau berkata buku yang akan dicetak 600,000 naskah setiap tahun itu dilengkapi dua silibus iaitu kurikulum bagi pengguna kereta manual dan juga automatik.

"Buku ini dijangka diedarkan pada Mei kepada semua institusi memandu sebelum ujian bagi kereta automatik dilaksanakan sepenuhnya pada Jun depan," katanya.
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:
#2
Yg auto tu simple. Belajar la yg susah skit takpa. Keta pun murah kalau guna manual Winking
Do You ?
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)