Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
UNICEF Lancar Karnival Upin Dan Ipin Bermula Jumaat Ini
#1
PETALING JAYA, 5 Nov (Bernama) -- Sempena sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) akan melancarkan Karnival Upin dan Ipin selama tiga hari bermula Jumaat ini di Taman Titiwangsa di sini.

Wakil UNICEF ke Malaysia Wivina Belmonte berkata karnival itu akan diadakan dengan kerjasama penerbit animasi kartun Malaysia Les' Copaque Production Sdn Bhd.

Belmonte, yang kagum Upin dan Ipin menjadi satu fenomena di kalangan rakyat Malaysia, berharap karektor kembar itu boleh membantu UNICEF mencapai objektifnya dalam melindungi serta mempertingkat kesedaran berhubung hak kanak-kanak.

"Kami tertarik dengan populariti luar biasa Upin dan Ipin. Siri ini juga adalah satu contoh bagaimana orang dewasa membenarkan kanak-kanak bercakap bagi pihak diri mereka sendiri," katanya pada sidang akhbar di sini.

Beliau berkata sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia bertema 'Children4Change' yang bakal menjadi perhatian di seluruh dunia pada 20 Nov ini dan bertujuan menggalakkan orang ramai mendengar kanak-kanak secara adil, merai keberanian serta keyakinan mereka selain mendengar kebimbangan dan penyelesaian berhubung isu yang menjejaskan golongan itu.

Katanya, selain Karnival Upin dan Ipin, satu pertunjukan seni dan kraftangan 'Happy Clours akan berlangsung di Temple of Fine Arts mulai Sabtu depan hingga 20 Nov ini, selain forum bertajuk 'Be the Change. Speak up' di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 18 Nov, teater muzikal kanak-kanak 'Bites of Delight' dan program lain.

-- BERNAMA
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)