Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Trafik lebuh raya dijangka bertambah tengahari ini
#1
[Image: image.jpg]

KUALA LUMPUR - Bilangan kenderaan di lebuh raya menuju ke ibu negara, terutama dari arah utara dan selatan dijangka meningkat menjelang tengah hari ini berikutan ramai kembali semula ke ibu kota selepas pulang berhari raya di kampung masing-masing.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressway Berhad ketika dihubungi, berkata keadaan itu bagaimanapun dijangka tidak menyebabkan kesesakan melampau di Lebuhraya Utara-Selatan.

"Setakat 9.45 pagi tadi, keadaan trafik dari arah yang sama juga masih terkawal biarpun sebelum itu terdapat kemalangan di beberapa tempat misalnya di Km 189.7 utara dari Jawi ke Bukit Beruntung, Rawang," katanya.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di seluruh Lembah Klang, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Kesas dan Lebuhraya Pantai Baru (NPE) lancar setakat 9.30 pagi.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di http://www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di http://www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama
[Image: tR3hR.jpg]
Reply
Thanks given by:
#2
masih ada lagi yg bercuti. Minggu ni rasanya padat skit
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)